REVOLUSI PEMANCINGAN

Teknik pancingan dasar sudah sekian lama digunakan dan merupakan teknik yang paling popular sejak dahulu lagi. Manakala teknik pancingan menggunakan gewang masih baru di kalangan pemancing masa kini. Persoalan yang sering timbul...mana satu kah teknik pancingan yang paling berkesan & extreme? Jawapannya.."TEPUK DADA TANYA SELERA".



Search This Blog

LIKE OUR Facebook

Sunday, October 25, 2009

SIFU & ANAK MURID

"BAITCASTER"....Siapa kata menggunakan pancingan ini mudah seperti makan kacang. Ramai orang yang dah membeli baitcaster terpaksa mengalah untuk menggunakanya. Ada orang yang membeli terpaksa menyimpan sebagai bahan hiasan rumah atau menjualnya dengan murah kepada rakan-rakan. Bagi saya, baitcaster adalah peralatan pancing yang menarik, comel dan menawan....so itu le saya berminat untuk belajar menggunakannya. Lagi susah atau mencabar, lagi itu jiwa saya meronta untuk mengetahuinya dengan lebih mendalam. Dengan rasa rendah diri SIFU menawarkan diri untuk mengajar saya teknik-teknik menggunakannya.

Sifu di sini saya maksudkan adalah Cikgu Sudin...beliau belajar menggunakan "Baitcaster" selama 1 tahun, barule dia suksess menggunakannya. Tapi anak muridnya iaitu saya...hanya 1 jam sahaja belajar teknik...lepastu mcam orang dah setahun menggunakan "Baitcaster"...Ini adalah berkat tujuk ajar sifu dan usaha gigih saya. TQ Sifu...tengokle gaya sifu....nampak macam profisional...kankanan?
Belajar menggunakan 'baitcaster' sebenarnya seronok...tapi nak belajar kena ada sifu yang ngam..baru boleh. Lihat batu ladungtu...hancur dan mamar.

No comments: