REVOLUSI PEMANCINGAN

Teknik pancingan dasar sudah sekian lama digunakan dan merupakan teknik yang paling popular sejak dahulu lagi. Manakala teknik pancingan menggunakan gewang masih baru di kalangan pemancing masa kini. Persoalan yang sering timbul...mana satu kah teknik pancingan yang paling berkesan & extreme? Jawapannya.."TEPUK DADA TANYA SELERA".



Search This Blog

LIKE OUR Facebook

Tuesday, October 20, 2009

OPS Leliwa Sg.Bongawan

Inilah aktiviti aku dengan anak-anak buah semasa aku masih lagi di Semenanjung. Apabila aku balik Kg...anak-anak buah pasti akan berkumpul di rumah beliau. Macam-macam aktiviti kami rancang dan laksanakan sempena aku ada di kampung. Masatu aku bukan cuti...tapi aku out station so ada masa aku singgah menjengok ibubapa di kampung. Jadi ketika itule aku mengambil kesempatan melakukan aktiviti kegemaranku. Biasale orang bandar balik kampung...gian memuncak bah.
Aktiviti yang selalu kami laksanakan adalah seperti mengail, memukat ikan dan memukat punai. Tapi aktiviti yang paling syok adalah aktiviti OPS Leliwa...macam OPS Sikap aje bunyinya..eheheh.

OPS Leliwa ni kami laksanakan pada waktu siang dan malam...paling mujarab adalah waktu senja (maghrib)...so sahle program ni kami tak solat...eheheh, di bayar bah. Waktu ini leliwa sangat ganas dan ligat mencari mangsa. Umpan yang paling sesuai adalah ikan basung ataupun ukui pisang (pisang goreng). Kenapa kami menggunakan umpan tersebut, kerana ikan basung mempunyai bau yang dasyat dan ukui pisang sadap dimakan dan berminyak. Ini adalah merupakan kegemaran leliwa.

OPS ketika itu kami hanya memperolehi 5 ekor leliwa, udang galah dan jalak. Lepastu OPS seterusnya....kamipun kelaparan dan akhir sekali kami OPS memasak pula...hasilnya resepi ikan bakar...eheheh. Sadap tau....JANGAN MARAH!!!
Pakar siang ikan - CIPOT (sekarang tukang masak di foodcort TESCO Melaka (nama kedai ; Ikan Bakar))
Tukang cuci : OSUP (DCL Putatan)
Tukang Masak : Goa le..

No comments: