REVOLUSI PEMANCINGAN

Teknik pancingan dasar sudah sekian lama digunakan dan merupakan teknik yang paling popular sejak dahulu lagi. Manakala teknik pancingan menggunakan gewang masih baru di kalangan pemancing masa kini. Persoalan yang sering timbul...mana satu kah teknik pancingan yang paling berkesan & extreme? Jawapannya.."TEPUK DADA TANYA SELERA".



Search This Blog

LIKE OUR Facebook

Monday, October 26, 2009

JALAK TAKIS DIBURU PILAK

Geng...pada petang 25hb.10.2009, jam 4.30 pm aku bersama Cikgu Sudin mengetry nasib di lubuk jalak Kg.Laut, Papar (dekat jambatan)..malangnya tiada seekorpun berminat dengan katak kami sebabnya air mula naik pasang dan laju. Di sana sampat jua kami bercerita dengan adik C Belacan.

Jam 5.00 pm, aku bersama Cikgu Sudin meneruskan langkah mencari lubuk jalak dan akhirnya kami berhenti dekat parit Taman Perumahan Takis Jln.Hospital.Baling demi baling...ada rungkupan anak jalak setahun jagung...balum muat mulutnya...tebarusss bah. Rasa hati belum puas...jadi kami meneruskan perjalanan penerokaan ke Lubuk Cikgu Sudin...iaitu Jalan German iaitu tali air Kg.Takis. Sampai di sana kami terus menuju ke tali air itu...dan alang kah terkejutnya kami..2 orang pemancing tradisional yang menggunakan taut sedang mengenakan umpan cacing.

Saya tegur...dapatke? Dia tengok kami...diam...tak bercakap dan melopong. Lepastu dia kata "FISH"....OOOOOO sahle depa ni bukan orang tempatan. Saya tanya mereka...asal mana? Midano, Philiphine...jawab salah seorang pemancing tersebut. Aku kata kepada Cikgu Sudin...habisle jalak kita.



Akhirnya...aku dan Cikgu Sudin beraksi dengan hasil tangkapan 2 orang Pilak tadi.

No comments: