REVOLUSI PEMANCINGAN

Teknik pancingan dasar sudah sekian lama digunakan dan merupakan teknik yang paling popular sejak dahulu lagi. Manakala teknik pancingan menggunakan gewang masih baru di kalangan pemancing masa kini. Persoalan yang sering timbul...mana satu kah teknik pancingan yang paling berkesan & extreme? Jawapannya.."TEPUK DADA TANYA SELERA".



Search This Blog

LIKE OUR Facebook

Thursday, October 15, 2009

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN KETIKA MEMANCING

Ramai orang dah tahu, kesalamatan ketika memancing amatlah penting...tapi masih ada lagi langkah-langkah kesalamatan yang diabaikan oleh kita. Ini kerana kita beranggapan itu adalah perkara kecil. Tetapi, kecil-kecilpun kesalamatan harus kita dulukan...memancing kira ke dua. Seperti pepatah melayu..."air yang tenang jangan disangka tiada buaya" dan "malang tidak berbau". Maka ingat-ingatlah kepada orang tersayang..."Sediakan Payung Sebelum Hujan".
KETIKA MEMANCING DI SUNGAI.

1. Mesti berpasukan
2. Memastikan tempat yang dituju kita ketahui (ada binatang liar atau tidak seperti buaya / ular dll)
3. Memaklumkan kepada orang terdekat tempat kita tuju
4. Sentiasa membawa alat perhubungan (Telefon Bimbit)
5. Kalau naik bot, perlu ada jeket kesalamatan
6. Mesti membawa kits perubatan

KETIKA MEMANCING DI LAUT

1. Mesti berpasukan
2. Kenalpasti bot yang digunakan dalam keadaan selamat (ada jeket kesalamatan, alat perhubungan, kukuh dll)
3. Memaklumkan kepada orang terdekat tempat kita tuju (kalau perlu buat repot kepada pihak berkuasa seperti polis / merin / meritim)
4. Tengok cuaca (jangan turun ketika musim ribut / hujan)
5. Rancang perjalanan dengan teratur dan terperinci
6. Mesti membawa kits perubatan

Sekiranya kita mengamalkan langkah-langkah kesalamatan ini..insyaAllah, program pemancingan kita akan selamat dan berhasil...amin.