Pada 18 okt.2009, aku terjaga dari tidur tepat jam 5 a.m.....tapi ku lihat dinding bilik macam berpusing-pusing, barat kepalaku. Keluh dalam hati...mengapa aku pening ni, ada salah makan ke? Pagitu memang aku inda dapat bangun...walaupun semangat nak casting di Binsuluk bersama Team Lempayun berkobar-kobar. Akhirnya aku mengalah dengan kesihatan diri.
Dalam jam 7.00 a.m, aku bangun...aku lihat jam dinding yang mana jarumnya menunjukkan arah tepat jam 7.00 a.m. Dalam hati berkata, macam manapun aku kena cari aktiviti...so akupun menguatkan semangat dengan mencuba nasib casting jalak di parit Gerisin Kg.Nyaris-Nyaris...Malangnya parit tersebut penuh dengan tumbuhan air seperti kangkung dan katung-katung serta rumpai. Jadi dengan perasaan hampa..aku terus cast di kolam beliau...akhirnya seekor jalak tewas di gewang katak baruku (beratnya sekitar 1 kg). Sorry bro..gambar tak center coz ambil gambar sendiri.
No comments:
Post a Comment