REVOLUSI PEMANCINGAN

Teknik pancingan dasar sudah sekian lama digunakan dan merupakan teknik yang paling popular sejak dahulu lagi. Manakala teknik pancingan menggunakan gewang masih baru di kalangan pemancing masa kini. Persoalan yang sering timbul...mana satu kah teknik pancingan yang paling berkesan & extreme? Jawapannya.."TEPUK DADA TANYA SELERA".



Search This Blog

LIKE OUR Facebook

Thursday, October 15, 2009

KILAT OH KILAT (Ribut Petir)

Pemancing harus sedar bahawa kuasa tuhan jangan dilanggar atau disanggah. Kerana tuhanlah yang menentukan qadak dan qadar sesorang itu. Oleh demikian, apabila kita memancing..harus ada tertanam di dalam hati iaitu peka kepada alam sekeliling dan keadaan semasa serta bersyukur. Jika seseorang itu mempunyai sifat sedemikian maka dia akan selamat sewaktu memancing atau selepas memancing.

Ribut petir adalah satu sistem ribut yang dikenali dengan kehadiran kilat dan petir yang dihasilkan oleh awan kumulonimbus selain hujan atau hujan batu yang lebat. Ribut petir adalah ribut yang paling lazim berlaku di dunia.purata tenaga yang dihasilkan semasa ribut petir adalah lebih kurang 10 gigawatt-jam, bersamaan dengan kepala peledak nuklear 20 kiloton. Ribut petir dahsyat pula boleh jadi 10 hingga 100 kali lebih kuat.Ribut petir boleh berlaku di mana-mana sahaja di bumi, dengan kawasan kutub sebagai kawasan yang paling kurang mengalami ribut petir, dan kawasan beriklim khatulistiwa sebagai kawasan yang paling kerap mengalami ribut petir.

Apa yang ingin saya katakan...apabila anda memancing dan mengetahui ketika itu hujan serta petir sedang mengamuk. Maka dinasihatkan supaya anda balik atau berlindung ditempat yang selamat kerana banyak sudah cerita-cerita yang kita dengar seperti orang terkena panahan petir. Ada yang selamat dan ada sebaliknya. Seharusnya, kita peka akan keadaan ini...cepat-cepatlah kita berlindung. Bacalah doa ataupun berehat buat sementara waktu.


No comments: