12 Oktober 2009, tepat jam 12.30 tgh...saya menerima panggilan daripada Brother Lampam yang mengatakan bahawa beliau telah mendaratkan seekor lampam bersaiz mega di Sungai Bongawan. Setelah di timbang beratnya mencecah 3 kg 200 gm. Ini adalah merupakan hasil tangkapan beliau yang ke 3 dan yang pertama beratnya sekitar 4 kg yang ke 2 pula sekitar 3 - 4 kg (malangnya terputus ketika ikan itu mencecah tanah dan sempat menyipak terus jatuh semula ke air serta cabut lari).
Apabila saya mendengar berita tersebut...apa lagi, sayapun kata kepada beliau...."kepala aku punya, sebab aku mau suruh biniku masak 'asam padas'. Jam 5.30 ptg...saya sampai kerumah dan saya lihat Brother Lampam sudah berada dirumah dan terus beliau menunjukkan ikan tersebut. Tidak membuang masa sayapun mengangkat ikan tersebut dan mengambil gambarnya. Aku kata...KAU TAH RAJA LAMPAM.
Malamtu...aku ajak Sarjan, Cikgu Sudin, Wan Patin Afrika dan Brother Lampam untuk makan malam di rumah dan menikmati ikan lampam masak asam pedas ditambah sayur umbut kelapa masak lemak (dimasak oleh sarjan). Memang sedap lampam sungai ini. Rasa lampam sungai Bongawan adalah nombor 1. Tiada bau seperti ikan-ikan dari tempat lain.
No comments:
Post a Comment