REVOLUSI PEMANCINGAN

Teknik pancingan dasar sudah sekian lama digunakan dan merupakan teknik yang paling popular sejak dahulu lagi. Manakala teknik pancingan menggunakan gewang masih baru di kalangan pemancing masa kini. Persoalan yang sering timbul...mana satu kah teknik pancingan yang paling berkesan & extreme? Jawapannya.."TEPUK DADA TANYA SELERA".



Search This Blog

LIKE OUR Facebook

Thursday, October 15, 2009

IKAN, AIR & SUHU

Ramai pemancing yang baru mencuburi bidang ini masih lagi main belasah atau main sapu...ada umpan, ada hati dan ada kemampuan...tetap jalan walaupun ketika itu suhu air dan kedalaman air (pasang surut) tidak sesuai untuk memancing. Dalam coretan ini, ingin saya berkongsi bahawa suhu memainkan peranan dalam pemancingan. Di mana jika air terlalu sejuk, ikan tidak akan mengusik atau menjamah umpan dan begitu juga kalau suhu terlalu panas (waktu tengahari). Suhu yang palaing sesuai untuk memancing adalah sekitar 24 darjah C hingga 28 darjah C. Ketika ini sama ada air baru naik pasang atau air baru nak bergerak surut . Untuk makluman juga, ikan mula aktif sekitar suhu 20 darjah C dan penyerangan terhadap mangsa sekitar 24 darjah C dan ke atas dan pastinya jika nasib anda baik...anda akan memperolehi hasil yang lumayan.

Selain itu, ke dalaman air juga memainkan peranan penting... jika kawasan itu cetek maka ikan yang tinggal / menghuni adalah ikan bersekala kecil (0.1 kg hingga 5 kg) berbanding
kawasan yang lebih dalam (lubuk) di mana ikan yang menghuni di kawasan ini semuanya saiz mega-mega iaitu sekala 5 kg dan ke atas. Kalau tak percaya, cubalah memancing dikawasan cetek dan kawasan dalam. Lihat pada hasilnya...adakah kawasan cetek lebih besar atau sebaliknya. Semoga panduan ini menjadi asas kepada semua kaki-kaki kail seluruh Malaysia.
SELAMAT MENCUBA DAN PASTIKAN IANYA BERHASIL.

No comments: