REVOLUSI PEMANCINGAN

Teknik pancingan dasar sudah sekian lama digunakan dan merupakan teknik yang paling popular sejak dahulu lagi. Manakala teknik pancingan menggunakan gewang masih baru di kalangan pemancing masa kini. Persoalan yang sering timbul...mana satu kah teknik pancingan yang paling berkesan & extreme? Jawapannya.."TEPUK DADA TANYA SELERA".



Search This Blog

LIKE OUR Facebook

Tuesday, October 27, 2009

POPPER BALI


Geng...hari ini adalah merupakan hari bertuah saya. Kenapa saya katakan hari ini hari bertuah...bukan kerana hari ini hari jadi saya, tapi hari ini saya dihadiahkan sebiji POPPER JCP BALI yang berharga RM190.00 dipasaran.

Hadiah ini diberikan oleh sahabat saya yang baru berpindah kerja ke Sabah. Dulu beliau bertugas sebagai Pegawai KEMAS Daerah Kuala Langat...sekarang bertugas ditempat saya. Beliau juga merupakan kaki pancing yang boleh dikatakan "PRO". Kalau dalam geng 'Kakipancing.Net' beliau bergelar SAHUR dan diopis kami panggil AMLI. Beliau gemar bermain siakap merah, putih (selunsong) dan GT.

Menurut beliau...Popper ini di beli oleh sahabat beliau ketika berkunjung ke Bali. Sebanyak 8 biji semuanya dengan harga RM300+++++. Popper ini dihadiahkan kepada saya atas dasar persahabatan kaki-kaki pancing.

No comments: