REVOLUSI PEMANCINGAN

Teknik pancingan dasar sudah sekian lama digunakan dan merupakan teknik yang paling popular sejak dahulu lagi. Manakala teknik pancingan menggunakan gewang masih baru di kalangan pemancing masa kini. Persoalan yang sering timbul...mana satu kah teknik pancingan yang paling berkesan & extreme? Jawapannya.."TEPUK DADA TANYA SELERA".



Search This Blog

LIKE OUR Facebook

Tuesday, October 27, 2009

POPPER BALI


Geng...hari ini adalah merupakan hari bertuah saya. Kenapa saya katakan hari ini hari bertuah...bukan kerana hari ini hari jadi saya, tapi hari ini saya dihadiahkan sebiji POPPER JCP BALI yang berharga RM190.00 dipasaran.

Hadiah ini diberikan oleh sahabat saya yang baru berpindah kerja ke Sabah. Dulu beliau bertugas sebagai Pegawai KEMAS Daerah Kuala Langat...sekarang bertugas ditempat saya. Beliau juga merupakan kaki pancing yang boleh dikatakan "PRO". Kalau dalam geng 'Kakipancing.Net' beliau bergelar SAHUR dan diopis kami panggil AMLI. Beliau gemar bermain siakap merah, putih (selunsong) dan GT.

Menurut beliau...Popper ini di beli oleh sahabat beliau ketika berkunjung ke Bali. Sebanyak 8 biji semuanya dengan harga RM300+++++. Popper ini dihadiahkan kepada saya atas dasar persahabatan kaki-kaki pancing.

Monday, October 26, 2009

LUBUK JALAK DI JALAN KUBURAN CINA PAPAR


Jelajah demi jelajah....aku bersama Cikgu Sudin akhirnya menjumpai tali air yang cantik. Ini pasti banyak JALAK....kataku kepada Cikgu Sudin. Tahun lalu aku ada ke sini kata Cikgu Sudin...tapi ada papan tanda..."Orang Luar Di Larang Memancing". Tujuan kami ke sana adalah untuk meninjau lubuk-lubuk yang berpotensi untuk kami terokai. Lihatle..aksi cikgu sudin mengcasting...eheheh...magrib sudah bah..Jalak ke surau Din.

JALAK TAKIS DIBURU PILAK

Geng...pada petang 25hb.10.2009, jam 4.30 pm aku bersama Cikgu Sudin mengetry nasib di lubuk jalak Kg.Laut, Papar (dekat jambatan)..malangnya tiada seekorpun berminat dengan katak kami sebabnya air mula naik pasang dan laju. Di sana sampat jua kami bercerita dengan adik C Belacan.

Jam 5.00 pm, aku bersama Cikgu Sudin meneruskan langkah mencari lubuk jalak dan akhirnya kami berhenti dekat parit Taman Perumahan Takis Jln.Hospital.Baling demi baling...ada rungkupan anak jalak setahun jagung...balum muat mulutnya...tebarusss bah. Rasa hati belum puas...jadi kami meneruskan perjalanan penerokaan ke Lubuk Cikgu Sudin...iaitu Jalan German iaitu tali air Kg.Takis. Sampai di sana kami terus menuju ke tali air itu...dan alang kah terkejutnya kami..2 orang pemancing tradisional yang menggunakan taut sedang mengenakan umpan cacing.

Saya tegur...dapatke? Dia tengok kami...diam...tak bercakap dan melopong. Lepastu dia kata "FISH"....OOOOOO sahle depa ni bukan orang tempatan. Saya tanya mereka...asal mana? Midano, Philiphine...jawab salah seorang pemancing tersebut. Aku kata kepada Cikgu Sudin...habisle jalak kita.



Akhirnya...aku dan Cikgu Sudin beraksi dengan hasil tangkapan 2 orang Pilak tadi.

Sunday, October 25, 2009

SIFU & ANAK MURID

"BAITCASTER"....Siapa kata menggunakan pancingan ini mudah seperti makan kacang. Ramai orang yang dah membeli baitcaster terpaksa mengalah untuk menggunakanya. Ada orang yang membeli terpaksa menyimpan sebagai bahan hiasan rumah atau menjualnya dengan murah kepada rakan-rakan. Bagi saya, baitcaster adalah peralatan pancing yang menarik, comel dan menawan....so itu le saya berminat untuk belajar menggunakannya. Lagi susah atau mencabar, lagi itu jiwa saya meronta untuk mengetahuinya dengan lebih mendalam. Dengan rasa rendah diri SIFU menawarkan diri untuk mengajar saya teknik-teknik menggunakannya.

Sifu di sini saya maksudkan adalah Cikgu Sudin...beliau belajar menggunakan "Baitcaster" selama 1 tahun, barule dia suksess menggunakannya. Tapi anak muridnya iaitu saya...hanya 1 jam sahaja belajar teknik...lepastu mcam orang dah setahun menggunakan "Baitcaster"...Ini adalah berkat tujuk ajar sifu dan usaha gigih saya. TQ Sifu...tengokle gaya sifu....nampak macam profisional...kankanan?
Belajar menggunakan 'baitcaster' sebenarnya seronok...tapi nak belajar kena ada sifu yang ngam..baru boleh. Lihat batu ladungtu...hancur dan mamar.

Tuesday, October 20, 2009

OPS Leliwa Sg.Bongawan

Inilah aktiviti aku dengan anak-anak buah semasa aku masih lagi di Semenanjung. Apabila aku balik Kg...anak-anak buah pasti akan berkumpul di rumah beliau. Macam-macam aktiviti kami rancang dan laksanakan sempena aku ada di kampung. Masatu aku bukan cuti...tapi aku out station so ada masa aku singgah menjengok ibubapa di kampung. Jadi ketika itule aku mengambil kesempatan melakukan aktiviti kegemaranku. Biasale orang bandar balik kampung...gian memuncak bah.
Aktiviti yang selalu kami laksanakan adalah seperti mengail, memukat ikan dan memukat punai. Tapi aktiviti yang paling syok adalah aktiviti OPS Leliwa...macam OPS Sikap aje bunyinya..eheheh.

OPS Leliwa ni kami laksanakan pada waktu siang dan malam...paling mujarab adalah waktu senja (maghrib)...so sahle program ni kami tak solat...eheheh, di bayar bah. Waktu ini leliwa sangat ganas dan ligat mencari mangsa. Umpan yang paling sesuai adalah ikan basung ataupun ukui pisang (pisang goreng). Kenapa kami menggunakan umpan tersebut, kerana ikan basung mempunyai bau yang dasyat dan ukui pisang sadap dimakan dan berminyak. Ini adalah merupakan kegemaran leliwa.

OPS ketika itu kami hanya memperolehi 5 ekor leliwa, udang galah dan jalak. Lepastu OPS seterusnya....kamipun kelaparan dan akhir sekali kami OPS memasak pula...hasilnya resepi ikan bakar...eheheh. Sadap tau....JANGAN MARAH!!!
Pakar siang ikan - CIPOT (sekarang tukang masak di foodcort TESCO Melaka (nama kedai ; Ikan Bakar))
Tukang cuci : OSUP (DCL Putatan)
Tukang Masak : Goa le..

Monday, October 19, 2009

LELIWA RM20


Minggu lepas bapa Apik (Pak Dol) ada menelefon aku yang menyatakan bahawa dia dapat menaikkan seekor Leliwa Sg.Bongawan. Baratnya sekitar 3.4 kg dengan menggunakan umpan lamban di Lubuk uwa C Jali.Nasibnya baik kerana setelah didaratkan, mata kail yang digunakan terus laka (lurus) dan leliwa tersebut jatuh ke tanah....apa lagi, tarus dirungkup olehnya. Leliwa itu dibeli oleh C Gery (abang Lempayun) dengan harga RM20.00....sebabnya bini C Gery mengidamkan makan leliwa. Boleh buat busness ni...ehehehe

OPS RAMBUTAN 1

Ahad (18 Okt.2009), tepat jam 11.00 pagi Geng Keruak telah tiba di rumah beliau di Kg.Nyaris-Nyaris, Bongawan untuk melaksanakan OPS Rambutan. Geng yang datang terdiri dari Cikgu Sudin, Brother Lampam, Sarjan & Wan Patin Afrika. OPS kali ni adalah menutuh (memotong) dahan rambutan yang tak sampai dengan menggunakan gunting cantas dahan. Hasilnya dekat 10 karung rambutan dapat dipetik dari pokok. Lihatle aksi-aksi Geng Keruak ketika memetik buah rambutan. Pakar panjat ; Cikgu Sudin & Brother Lampam, Pakar Tebang ; Sarjan & Brother Lampam, Pakar Kumpul Buah : Wan Patin Afrika & Aku dan Pakar Makan ; Semua geng, serta Pakar Juluk ; Sarjan & Wan Patin Afrika.

PENING KEPALA & JALAK

Pada 18 okt.2009, aku terjaga dari tidur tepat jam 5 a.m.....tapi ku lihat dinding bilik macam berpusing-pusing, barat kepalaku. Keluh dalam hati...mengapa aku pening ni, ada salah makan ke? Pagitu memang aku inda dapat bangun...walaupun semangat nak casting di Binsuluk bersama Team Lempayun berkobar-kobar. Akhirnya aku mengalah dengan kesihatan diri.

Dalam jam 7.00 a.m, aku bangun...aku lihat jam dinding yang mana jarumnya menunjukkan arah tepat jam 7.00 a.m. Dalam hati berkata, macam manapun aku kena cari aktiviti...so akupun menguatkan semangat dengan mencuba nasib casting jalak di parit Gerisin Kg.Nyaris-Nyaris...Malangnya parit tersebut penuh dengan tumbuhan air seperti kangkung dan katung-katung serta rumpai. Jadi dengan perasaan hampa..aku terus cast di kolam beliau...akhirnya seekor jalak tewas di gewang katak baruku (beratnya sekitar 1 kg). Sorry bro..gambar tak center coz ambil gambar sendiri.

UNGAH SUTRA HARBOUR


Tarikh 17 Okt.2009, cikgu Sudin dan aku telah merobek lubuk yang diperkatakan di sekitar Kota Kinabalu. Tepat jam 6.30 pagi, kami bergerak dari rumah dan terus menuju ke KK. Dalam perjalanan kami melihat titik-titik air hujan membasahi cermin kereta, tapi kamu tahule....geng keruak ni kalau dah turun...geng ni takkan berpatah arah. Program tetap di teruskan.

Sekitar jam 7.15 pagi, kamipun tiba ditempat yang dituju...ditinjau-tinjau c ampulur....tiada kelihatan batang hidungnya. Rupa-rupanya c ampulur sedang syok di kadai makan kaling "cowboy" di Petagas sama Kapten Ombak Biru....mengirup kupi panas dan makan ruti canai kuah kambing. Aku dan Sudin...apa lagi mempopperleee....malangnya kana kejar (bubut) aje oleh makluk yang tak dikenali.

Lama sudah kami casting, tiada juga disambar....dan malang lagi "jig" cikgu Sudin tersangkut dan putus. Dengan rasa hampa, kami beralih lokasi...akhirnya kami menemui lokasi baik punya...dan akhirnya seekor ungah (berat 1 kg) dan seekor titir @ barakuda (berat sekitar 1 kg) juga berjaya dinaikan oleh cikgu Sudin, tapi ia exsen dengan aku..titirnya tejatuh ke dalam air dan sempat melarikan diri...dan rapala yang digunakan oleh cikgu disambar lagi oleh ikan yang tak dikenali dan tersangkut (rapalapun putus). Malang sekali kepada aku....lalai bersembang dengan cikgu, gewangku disambar tapi inda terait banar....kecewaku lagi. Lagi kecewa, gewangku tersangkut dan putus....

Trip pagi ani dituruti oleh Team Lempayun...C Osman dan adiknya..C Mentaus. Merekapun tidak mendapat apa-apa...dan akhirnya kami akhiri trip ini dengan mengasak di Restoran Seri Bayu, Sembulan...Roti canai le..

Thursday, October 15, 2009

SEJAK 1936

Gewang khas untuk Air Tawar :








Gewang khas untuk Air Masin :