Racun nyamuk amat berguna apabila kita memancing malam...selalunya kita tidak terfikir akan perkara ini. Kerana kita memandang rendah terhadap nyamuk...pelbagai penyakit yang telah dibuktikan oleh dunia seperti H1N1, JE(selsema babi), Chikungunya , Melaria, Denggi, Untut (kaki gajah) dan lain-lain. Sebelum ini saya tak terfikir akan penyakit-penyakit tersebut...tapi setelah mendengar penjelasan dari anak buah saya yang bekerja sebagai penangkap nyamuk di JKNS maka terbukti di Sabahpun terdapat nyamuk yang membawa virus penyakit untut (Tenom), chikungunya (Beaufort) dan yang lain-lain merata negeri ini.
Seram saya mendengarnya...jadi kita sebagai kaki pancing tegar, maka langkah-langkah yang perlu untuk mengelak mendapat penyakit seperti disebut di atas adalah penyediaan racun-racun nyamuk yang sesuai seperti lingkaran, spry atau minyak sapu dan yang paling koman adalah menggunakan sabut kelapa atau kotak telur. Kerana nyamuk tidak suka berhadapan dengan perkara di atas. Semoga apa yang di bincangkan ini menjadi panduan kepada kita...supaya semua kaki-kaki kail sihat-sihat sejahtera.
2 comments:
setuju dengan entri ni... penting utk bersedia dgn benda2 yg buleh menghalau nyamuk... mencegah lebih baik dari merawat...
Betultu puaka...benda2 mcm nilah yang perlu kita jaga...nyamuktu bro
Post a Comment