CERITA PANAS & HANGAT DIPASARAN...... Geng Keruak Patin Afrika berjaya menakluk lubuk GT dengan menggunakan kaedah POPPING di perairan Kota Kinabalu, Sabah selepas penjajahan lubuk Bentuka, Beaufort. Di mana 4 ekor GT tewas dan 2 ekor sempat mencuri popper kami dalam hanya 1 jam 1/2.
Bro...nak dijadikan cerita, pada 27 Dis 2009...geng keruak iaitu saya, Cikgu Sudin, Sahur & Wan Gandut (protege kapten keruak) bersiar-siar di Kota Kinabalu untuk meninjau kedai-kedai pancing yang beroperasi pada hari tersebut. Banyak gewang jenis & jenama lama kami borong. Perancangan awal kami sepatutnya mengadakan trip popping pada waktu pagi...tapi Cikgu Sudin ada menerima jemputan makan free dan berbayar di Pengalat Kecil. So trip tersebut kami tunda pada waktu petang.

Trip popping ini kami rancang malam semalam dan syaratnya setiap orang hanya dibenarkan membawa set popper sahaja. Jarum jam ditangan menunjukkan angka 3.30 ptg...kami bergerak kelokasi yang dirancangkan setelah shoping kat kedai TCE Putatan. Sampai dilokasi tepat jam 4.15 petang, keadaan ketika itu angin bertiup selaju 20 ke 30 knot dan berombak...sukar juga kami untuk membaling popper. Tapi berkat usaha yang kami lakukan akhirnya protege saya (Wan Gandut) berjaya naikkan baby GT seberat 500 g. Tidak berapa lama Cikgu Sudin pula mendapat sambaran dan berjaya menaikkan GT seberat 1 kg..selang berapa minit Sahur pula menerima sambaran dan akhirnya popper beliau disangkutkan.
Baling demi baling, tiba-tiba saya pula yang mendapat sambaran dan saya berjaya menaikkan baby GT seberat 500 g...tidak berapa lama popper protege saya diragut lagi dengan ganas sehinggakan beliau menahan asakan dengan memegang batang rod yang sedang melentur giler..tapi asakan itu terlepas bersama popper sekali. Sebelum trip berakhir tepat jam 5.30 ptg, saya mendapat sambaran ganas...asakan demi asakan berlaku dan akhirnya GT seberat 1 kg tumpas sebagai penutup trip pada petang tersebut.
Sekian sahaja laporan Popping yang saya dapat kongsikan bersama. HARAP MAAF...Gambar belum lagi dapat di postkan kerana...gambar-gambar tersebut akan dihantar ke majalah pancing.
TQ BRO...HATI PANAS.

No comments:
Post a Comment