REVOLUSI PEMANCINGAN

Teknik pancingan dasar sudah sekian lama digunakan dan merupakan teknik yang paling popular sejak dahulu lagi. Manakala teknik pancingan menggunakan gewang masih baru di kalangan pemancing masa kini. Persoalan yang sering timbul...mana satu kah teknik pancingan yang paling berkesan & extreme? Jawapannya.."TEPUK DADA TANYA SELERA".



Search This Blog

LIKE OUR Facebook

Sunday, December 13, 2009

BISA TUSUKAN SEMBILANG & PENAWAR

Malam jumaat lepas (10.12.2009), Geng Keruak Patin Afrika (saya,cikgu Sudin,Wan Afrika & Sarjan) mengempur lubuk UNP dengan bermisikan untuk menaikkan apa-apa jua jenis ikan. Seperti yang dirancangkan kami bergerak kelubuk UNP jam 10.00 malam. Dan terbukti pada malam itu nasib kami memang baik apabila beberapa ekor ikan dapat dinaikkan seperti siakap batu, merah, sembilang, ketam dan depu)...tapi bro agak malang sedikit dengan saya apabila kita cukup berhati-hati dengan ikan berbisa akhirnya saya tertewas dengan sang sembilang. Kalau nak tahu bro...saya ni dah banyak kali terkena tusukan ikan sedang-sedang berbisa seperti baung, leliwa, kitang dan duri. Tapi bro, tusukan sembilang lain dari yang lain....apa tidak bro, bisa dari duri @ iting sembilang cepat merebak sehinggakan tangan yang terkana itu menjadi kebas, sengal dan berdenyut @ menganyat serta cerita orang bahawa siapa yang terkena sengatan sembilan nak pulihnya akan memakan masa 1 hingga 2 minggu. Siapa tak takut bro, ingatkah anda akan cerita legenda "Bawang Merah Bawang Putih" kan..... bapa mereka mati akibat sengatan ikan sembilang.

Sembilang yang menyengat aku

Walaubagaimanapun bro...setiap yang sakit pasti ada ubatnya @ penawarnya. Ini adalah merupakan ubat yang boleh dikatakan mujarab bagi saya...sebabnya bro, saya tak perlu untuk memakan ubat penahan sakit. Dalam 1 hari sahaja sakit dari sengatan sembilang berkenaan dapat disembuhkan. Saya pada mulanya kurang yakin akan penawar ini....penawar yang dimaksudkan adalah sejenis pokok menjalar di tepi pantai dan dipanggil sebagai DAUN TAPAK KUDA. Inilah penawar yang dikenalkan kepada saya oleh Sarjan...penawar ini diketahui berkesan setelah beliau pernah bertugas sebagai polis PJA di Pulau Banggi, Kudat dan pengalaman beliau apabila ditusuk ikan belais...memang mujarab bro!!!.

"DAUN TAPAK KUDA"

Selain itu jug bro, ada orang mengatakan bahawa air kencing dan cuka juga mujarab apabila kita terkena tususkan sembilang atau ikan-ikan yang mempunyai bisa. So bro...apabila kita terkena sengatan, kita jangan gelabah...
IKAT JARI DENGAN GETAH


TITISKAN GETAH DAUN TAPAK KUDA

Pertama - kita tekan tempat yang disengat
Kedua - sedut darah menggunakan mulut
Ketiga - ikat dengan getah, tali atau sebagainya
Keempat -cari getah daun tapak kuda , cuka atau kencingkan
Kelima - kalau sakit sangat...maka bawalah ke hospital

Sekian sahaja pengalaman dan kongsi pengalaman untuk tatapan semua kaki pancing seluruh dunia. Selamat mencuba.

3 comments:

peace4me said...

ui

air kencing pun leh jadi ubat

info baru ni

thanks

Unknown said...

Terima kasih..info berguna daun tapak kuda...baru semalam kena duri ikan sembilang 01-01-2017...orang dok syok sambut tahun baru..kita sambut sakit berdeyut deyut tak tentu hala dibuatnya...kebetulan cari ketam kat pantai...bersepah daun tapak kuda...syukur dalam 20 minit...sakit yang teramat sangat2 tu pun hilang..terima kasih banyak2 atas info yang berguna.

Unknown said...

Terima kasih..info berguna daun tapak kuda...baru semalam kena duri ikan sembilang 01-01-2017...orang dok syok sambut tahun baru..kita sambut sakit berdeyut deyut tak tentu hala dibuatnya...kebetulan cari ketam kat pantai...bersepah daun tapak kuda...syukur dalam 20 minit...sakit yang teramat sangat2 tu pun hilang..terima kasih banyak2 atas info yang berguna.