REVOLUSI PEMANCINGAN

Teknik pancingan dasar sudah sekian lama digunakan dan merupakan teknik yang paling popular sejak dahulu lagi. Manakala teknik pancingan menggunakan gewang masih baru di kalangan pemancing masa kini. Persoalan yang sering timbul...mana satu kah teknik pancingan yang paling berkesan & extreme? Jawapannya.."TEPUK DADA TANYA SELERA".



Search This Blog

LIKE OUR Facebook

Wednesday, December 2, 2009

RIADAH SAMBIL BEKERJA

Tarikh 28.11.2009, aku...Amli dan Hj.Bahrin berlepas ke KL dengan menaiki penerbangan Boing MH 2631 Y yang bertolak pada jam 19.15 pm untuk menghadiri Bengkel Hala Tuju INFRA di Teluk Batik,Lumut Perak. Kami tiba di KLIA jam 22.00 pm...dan tiba di sana aku dan Amli meneruskan perjalanan ke Banting dengan menaiki kereta kawan...manakala Hj.Bahrin terus ke INFRA Bangi dengan menaiki kenderaan jabatan.
Untuk dijadikan cerita, malamtu kami menginap di pekan Banting...dan lepak bersama geng otai Amli sambil main permainan batu kepala. Permainannya seronok...cuma sikit faham dan permainan ini adalah permainan orang Bugis kalau di Sabah. Ianya seperti orang cina bermain majong. Seronok punya seronok kami balik bilik dekat jam 4.45 am dan terus tidur.
Tali air, Sebak Bernam, Selangor.
29.11.2009, kami memulakan perjalanan ke Teluk Batik Lumut Perak...dalam perjalanan sempat kami singgah di beberapa buah kedai menjual peralatan pancing seperti di Banting, Klang, Sekinchan, Kuala Selangor dan Lumut...Dalam perjalanan itu juga sempat kami cast haruan...tapi malangnya 4 kali smbaran...tiada sekorpun yang lekat.

"Menu Pepahat"
30.11.2009, Ini adalah hari berbengkel kami....so aktiviti kami terbatas sehingga 1.12.2009. Pada petang 1hb tu, kami sempat meninjau sebuah kedai pancing WORLD WIDE ANGLERS, Taman Pendamaran Permai, Klang (selalu dimuatkan dalam majalah Kembara Kail) yang dimiliki oleh ABANG MOHD RAHIM (H/P :013-3863990)..di sana semua barang pancingnya dilekatkan dengan harga yang berpatutan dan saya sempat membeli Baitcaster Blue Max kurau kiri dan 2 batang joran (fenwick dan daiwa) manakala Amli membeli sebuah mesin baitcaster jenama Daiwa untuk air masin.
Pada sebelah malam pula, kami bersama kawan-kawan telah menjamu selera di Bagang Lalang...menu utama siput pepahat masak merah, ketam, terubuk bakar, kerang bakar, sayur kailan seafood dan telur dadar dengan harga RM90.00. Pada 2.12.2009 saya terpaksa meninggalkan KL dengan penerbangan jam 14.00 pm dan tiba di KK tepat jam 16.35 pm menggunakan Airbus MH 2616 Y.

Sawah dan jalan raya di kawasan Perak Tengah.

No comments: