REVOLUSI PEMANCINGAN

Teknik pancingan dasar sudah sekian lama digunakan dan merupakan teknik yang paling popular sejak dahulu lagi. Manakala teknik pancingan menggunakan gewang masih baru di kalangan pemancing masa kini. Persoalan yang sering timbul...mana satu kah teknik pancingan yang paling berkesan & extreme? Jawapannya.."TEPUK DADA TANYA SELERA".



Search This Blog

LIKE OUR Facebook

Thursday, November 12, 2009

UDANG GALAH KG.INUMAN,LUMADAN, BEAUFORT

Geng...10 hingga 11.11.2009, aku out station ke Kg.Lingkungan Laut....so kami sampai di sana alangkah terkejutnya apabila seorang kakak membawa UDANG GALAH biru-biru yang masih hidup di dalam bujut sekitar 10 kg. Mak oiiiiiiii...kata si Amli, "bosarnya udang".



Nak dijadikan cerita...selepas kami melaksanakan program di Kg.Lingkungan Laut...petang hari ke 2, kami terus pergi ke Weston untuk meninjau lubuk-lubuk yang sesuai untuk dijadikan lokasi casting. Di sana sempat aku berkenalan dengan Abang Hamzah (orang kg.Lingkungan Laut...kaki pancing laut, udang galah dan pelian) dan seorang lagi abang polis...iaitu abang Sofi (orang Batu Kikir Jambatan Bosi, Nogori Sembilan... dia baru bertugas di balai Weston baru 3 bulan dan merupakan seorang kaki pancing juga).
Di Weston, kami lepak kat restoran jeti...wah sungguh indah pemandangannya. Sungainya besar dan rumah sekitar sungai juga panjang-panjang...mungkin disini kali rumah martua si Belacan. Kalau banar...mana bot mu Belacan? Aku mau pakai bah....

Tepat jam 2 petang...kamipun bergerak balik. Sampai di jalan utama Beaufort - Sipitang kami ternampak mak cik menjual buah-buahan dan udang galah yang diikat pada pancing tradisional...KEJAMNYA...kering sudah udangtu. Jadi untuk tidak membuang masa, kamipun singgah dan meninjau udang yang dijual....sekali lagi kami terkejut...Apa tidaknya, makcik tadi membawa kami melihat sendiri udang galah yang dijual...rupa-rupanya disimpan di kolam simen keluasan sekitar 5 x 7 kaki di bawah kulung. Bukan udang galah sahaja...SEBARAU, LELIWA, BELIDA & BAUNG pun ada dibela. Harga udang galah RM28.00 1kg, Leliwa RM15.00 1kg dan sebarau sekitar RM15.00 1kg.




Jadi siapa-siapa nak merasa udang galah segar maka datanglah ke simpang Weston.



No comments: