REVOLUSI PEMANCINGAN

Teknik pancingan dasar sudah sekian lama digunakan dan merupakan teknik yang paling popular sejak dahulu lagi. Manakala teknik pancingan menggunakan gewang masih baru di kalangan pemancing masa kini. Persoalan yang sering timbul...mana satu kah teknik pancingan yang paling berkesan & extreme? Jawapannya.."TEPUK DADA TANYA SELERA".



Search This Blog

LIKE OUR Facebook

Sunday, November 15, 2009

CASTING DIPAGI SABTU


Jam 6.00 pagi pada 07.11.2009..saya dan cikgu Sudin telah tiba dijeti Kg.Seri Serbang, Bongawan. Kalau ikut perjanjian kami dengan Team Lempayun..tepat jam 6.00 pagi kena tiba di jeti tersebut. Nampak gayanya Team Lempayun belum sampai, lebih kurang 15 minit kami menunggu...akhirnya Team Lempayunpun tiba. Dalam menunggutu cikgu Sudin sempat membuat balingan gewang, tapi tiada sambaran.

Tepat jam 6.30 pagi kamipun bergerak dari jeti ke lokasi yang dirancang. Air sungai Bongawan ketikatu berkeladak dan berarus. Dalam perjalanan kemi cuba trolling...tapi tiada seekor ikanpun yang berminat dengan gewang yang digunakan. Sampai dilokasi...airnya tak berapa bagus, tapi kami cuba juga casting...tiada sambaran yang berlaku. Dalam menunggutu...sempat kami dihiburkan oleh sekumpulan kera yang sedang mencari makan ditebing sungai padas. Jarak diantara kami cuma beberapa meter....lihat dari aksi kera tadi, rasa bosan menunggu air tenang tidak terasa..dan akhirnya kami berpindah kelokasi yang ke 2. Di sana dimaklumkan oleh Lempayun bahawa beliau pernah menaikkan selunsong seberat 7.9 kg dan sisik selunsung sebesar duit 50 sen Malaysia. Tapi apakan daya...di lokasi inipun tiada sambaran.

Tepat jam 9.00 pagi, kamipun balik ke jeti. Sebabnya saya terpaksa balik ke Papar kerana bapa & ibu mertua sedang menunggu untuk bergerak ke Pasar Pilak untuk membeli barang sebelum balik ke Negeri Sembilan keesok harinya.


Di maklumkan, petangtu Lempayun, Cikgu Sudin dan Tei membuat casting menggunakan bot di sana. Tapi malang juga menimpa mereka....kerana tiada seekorpun ungah dan selunsong yang berminat dengan gewang mereka.

2 comments:

Unknown said...

salam... mantap tuan-tuan semua..
tahniah..

nak tanya.. kalo saya nak beli set casting.. berapa panjang dan lbs yang sesuai ye? sbb

kaptenkeruak said...

Bro..kau beli rod 5 kaki 6 inci aje...baitcaster terpulang kpd pemakai..nak jenama abu,daiwa atau banax. Ada jenis untuk air masin/tawar.
Abu...jenis revo / blue max
Daiwa...jenis valetta
Banax...jenis zest