REVOLUSI PEMANCINGAN

Teknik pancingan dasar sudah sekian lama digunakan dan merupakan teknik yang paling popular sejak dahulu lagi. Manakala teknik pancingan menggunakan gewang masih baru di kalangan pemancing masa kini. Persoalan yang sering timbul...mana satu kah teknik pancingan yang paling berkesan & extreme? Jawapannya.."TEPUK DADA TANYA SELERA".



Search This Blog

LIKE OUR Facebook

Wednesday, November 11, 2009

HATI PANAS

Assalamualaikum....geng, hati panas siapa yang tahu. Pada tarikh 11.11.2009 saya bersama geng INFRA (Yob (Bos INFRA Sabah), Amli dan Asma) singgah sekejap untuk menduga sang baung Sg.Bongawan. Kami sebenarnya tiada niat untuk memancing, tapi dalam perjalanan balik dari Weston adalah hamba Allahtu....tiba-tiba gatal mulut. Apa tidaknya, tengok air sungai Bongawan...wah cantik air ni...mesti sedap memancing. Itulah yang diperkatakan oleh sahabat ni...nak tahu siapa?.Siapa lagi kalau bukan sudara Amli @ Sahul. So, dengan rasa kasihan dan bospun setuju...maka sayapun mencadangkan supaya kami mencari umpan.



"UMPAN APA?.....




AAAAA...umpan yang paling mujarab dekat Sg.Bongawan adalah pisang goreng tepung atau orang Bongawan kata ukui pisang (seperti artikal yang pernah saya keluarkan ada menyebut tentang umpan ini). Ikan yang gemar memakan umpan ini adalah ikan sungai seperti baung, leliwa, lampam, kap dan talipia @ sajin.



Petang itu, saya telah membawa geng INFRA ke lubok Brother Lampam...hasilnya si Amli telah berjaya menaikkan seekor leliwa dengan beratnya sekitar 1 kg lebih, Bos...seekor baduk beratnya sekitar 800 ke 900 gm dan Asma seekor baduk sekitar 1 kg lebih dan seekor tidak dapat dikenal pasti ikannya kerana perambut utama 15 paun terputus. Manakala saya...beraksi dengan baduk Asma menggunakan peralatan pancing bersaiz sederhana...ada om bah.



Dalam jam 5 petang, saya mencadangkan supaya kami menukar port...sebabnya air tengah pasang dan lubuk pertama ini semestinya ikan baduk yang mengila. So apa lagi, angkat kaki ke lubuk ke dua iaitu di bawah Jambatan Kg.Laut, Bongawan dan hasilnya saudara Amli mendaratkan seekor baung beratnya sekitar 900 gm dan Asma seekor leliwa beratnya sekitar 600 gm. Saya dan bos...asyik menarik kayu. Jam 6.00 ptg...kami bergerak balik ke Papar dan KK...sebabnya hujan renyai-renyai telah turun.





Itu makanya HATI PANAS SIAPA YANG TAHU...Aku yang bawa depa, aku tak dapat apa-apa.



No comments: