Malam jumaat yang lalu...19.11.2009, GKPA telah berkumpul setelah sekian lama sibuk dengan kerja masing-masing. Pada malam itu, saya berjaya mengumpulkan semua ahli di tebing sungai Papar. Bukan apa bro...sekali sekala kena bergumpul untuk menenangkan fikiran setelah berkerja pada siang hari. Sasaran kami pada malam tersebut adalah ikan baung dan patin serta udang galah sg.Papar. Tapi malamtu kami cuma dapat menaikkan 2 ekor baung. Lokasi pilihan adalah jeti Sapat, jeti nelayan Surati dan terakhir jeti pasar ikan Papar. Air pada awalnya nampak cantik...selang beberapa jam hujan di hulu mengakibatkan air bertukar milo...
Akibat air Sg.Papar menjadi milo...kami terpaksa merehatkan kail sambil menikmati pemandangan pada waktu malam pekan papar...Wah! ada juga kupu-kupu malam kat papar ni...kata aku. Apa tidaknya bro...kelihatan beberapa orang cewek seksi sedang berjalan-jalan mencari mangsa. Kalau nak tahu, terdapat Kelab Malam di sebelah pasar ikan Papar.
Pergumpulan GKPA berakhir setelah minum di kedai mamak 24 jam Aisyah (kedai baru).
KELAB MALAM PAPAR
No comments:
Post a Comment