REVOLUSI PEMANCINGAN

Teknik pancingan dasar sudah sekian lama digunakan dan merupakan teknik yang paling popular sejak dahulu lagi. Manakala teknik pancingan menggunakan gewang masih baru di kalangan pemancing masa kini. Persoalan yang sering timbul...mana satu kah teknik pancingan yang paling berkesan & extreme? Jawapannya.."TEPUK DADA TANYA SELERA".



Search This Blog

LIKE OUR Facebook

Sunday, November 22, 2009

SAUH KUMPAU

Tarikh 21.11.2009...saya bersama Sahur membuat trip menjejak sauh @ kakau (udang galah) Sg.Bongawan. Dengan rasa yakinnya, kami bertolak dari papar dalam jam 7.00 am dan tiba di rumah beliau jam 7.40 am.

Sampai di Kg...kami terus menyiut anak udang @ linkutut di kolam beliau dan akhirnya kami memperolehi sekitar 500 gm anak udang. Selepas kami mengambil umpan anak udang, kami teruskan aktiviti mengali cacing. Kat rumah beliau...cacing mudah dicari. Sekitar 5 minit kami berjaya mendapatkan separuh tempurung kelapa penuh dengan cacing bersaiz sedap-sedap untuk udang galah mega.
Tepat jam 8.30 am...kamipun bergerak ke lokasi yang dituju iaitu di Kg.Seri Serbang untuk bertemu "botmen" iaitu sepupu saya. Nama gelaran kami...Badul atau nama sebenarnya Yusof. Beliau merupakan kaki-kaki pancing udang galah, siakap dan sebagainya. Sampai di sana beliau memberikan khabar yang mengerikan bagi kaki-kaki pancing....apa tidaknya air sungai Bongawan macam milo campur susu. Dia kata semalam air sungai ini cantik dan sesuai untuk memancing udang galah. 3 hari lepas beliau bersama my brother (Pak Dol) berjaya mendaratkan kakau-kakau (sauh) yang bersaiz mega....itu makanya saya dan Sahur mempunyai ajat besar. Malangnya keadaan air tak mengizinkan.














Tapi tak apa...kami kuatkan semangat juga untuk turun...pepatah melayu mengatakan bahawa alang-alang mandi biar sampai basah. Akhirnya kami menduga nasib dengan menggunakan umpan udang pasar, anak udang dan cacing. Lokasi pertama yang kami ajati sangat memberansangkan...apa tidaknya kami berjaya mendaratkan 8 ekor sembilang bersaiz 700 ke 1 kg lebih dan seekor kepupu (kerapu berbisa) beratnya sekitar 500 gm.

Dengan berjayanya kami mendaratkan sembilang-sembilang berkenaan...maka OPS kami bertukar dari menjejaki sauh kepada menjejaki sembilang. Itulah dikatakan SAUH KUMPAU.........

No comments: