REVOLUSI PEMANCINGAN

Teknik pancingan dasar sudah sekian lama digunakan dan merupakan teknik yang paling popular sejak dahulu lagi. Manakala teknik pancingan menggunakan gewang masih baru di kalangan pemancing masa kini. Persoalan yang sering timbul...mana satu kah teknik pancingan yang paling berkesan & extreme? Jawapannya.."TEPUK DADA TANYA SELERA".



Search This Blog

LIKE OUR Facebook

Monday, November 23, 2009

SEMALAM BERSAMA GENG KERUAK PATIN AFRIKA


Malam jumaat yang lalu...19.11.2009, GKPA telah berkumpul setelah sekian lama sibuk dengan kerja masing-masing. Pada malam itu, saya berjaya mengumpulkan semua ahli di tebing sungai Papar. Bukan apa bro...sekali sekala kena bergumpul untuk menenangkan fikiran setelah berkerja pada siang hari. Sasaran kami pada malam tersebut adalah ikan baung dan patin serta udang galah sg.Papar. Tapi malamtu kami cuma dapat menaikkan 2 ekor baung. Lokasi pilihan adalah jeti Sapat, jeti nelayan Surati dan terakhir jeti pasar ikan Papar. Air pada awalnya nampak cantik...selang beberapa jam hujan di hulu mengakibatkan air bertukar milo...


Akibat air Sg.Papar menjadi milo...kami terpaksa merehatkan kail sambil menikmati pemandangan pada waktu malam pekan papar...Wah! ada juga kupu-kupu malam kat papar ni...kata aku. Apa tidaknya bro...kelihatan beberapa orang cewek seksi sedang berjalan-jalan mencari mangsa. Kalau nak tahu, terdapat Kelab Malam di sebelah pasar ikan Papar.

Pergumpulan GKPA berakhir setelah minum di kedai mamak 24 jam Aisyah (kedai baru).

KELAB MALAM PAPAR

Sunday, November 22, 2009

BOTMEN


Geng saya nak memperkenalkan seorang kaki pancing yang boleh dikatakan mempunyai pengalaman di sekitar sungai Bongawan, Bentuka, Membakut dan Kuala Penyu. Beliau merupakan seorang anak jati Kg.Tuangak dan berpindah ke Kg. Seri Serbang mengikuti keluarga. Beliau sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak yang comel. Sekarang beliau bekerja sendiri..Nama beliau adalah BADUL @ YUSOF AHMAD dan aktiviti lapang beliau memancingleeeeeeee . Lihatlah aksi gambar-gambar beliau seperti di bawah...



SAUH KUMPAU

Tarikh 21.11.2009...saya bersama Sahur membuat trip menjejak sauh @ kakau (udang galah) Sg.Bongawan. Dengan rasa yakinnya, kami bertolak dari papar dalam jam 7.00 am dan tiba di rumah beliau jam 7.40 am.

Sampai di Kg...kami terus menyiut anak udang @ linkutut di kolam beliau dan akhirnya kami memperolehi sekitar 500 gm anak udang. Selepas kami mengambil umpan anak udang, kami teruskan aktiviti mengali cacing. Kat rumah beliau...cacing mudah dicari. Sekitar 5 minit kami berjaya mendapatkan separuh tempurung kelapa penuh dengan cacing bersaiz sedap-sedap untuk udang galah mega.
Tepat jam 8.30 am...kamipun bergerak ke lokasi yang dituju iaitu di Kg.Seri Serbang untuk bertemu "botmen" iaitu sepupu saya. Nama gelaran kami...Badul atau nama sebenarnya Yusof. Beliau merupakan kaki-kaki pancing udang galah, siakap dan sebagainya. Sampai di sana beliau memberikan khabar yang mengerikan bagi kaki-kaki pancing....apa tidaknya air sungai Bongawan macam milo campur susu. Dia kata semalam air sungai ini cantik dan sesuai untuk memancing udang galah. 3 hari lepas beliau bersama my brother (Pak Dol) berjaya mendaratkan kakau-kakau (sauh) yang bersaiz mega....itu makanya saya dan Sahur mempunyai ajat besar. Malangnya keadaan air tak mengizinkan.














Tapi tak apa...kami kuatkan semangat juga untuk turun...pepatah melayu mengatakan bahawa alang-alang mandi biar sampai basah. Akhirnya kami menduga nasib dengan menggunakan umpan udang pasar, anak udang dan cacing. Lokasi pertama yang kami ajati sangat memberansangkan...apa tidaknya kami berjaya mendaratkan 8 ekor sembilang bersaiz 700 ke 1 kg lebih dan seekor kepupu (kerapu berbisa) beratnya sekitar 500 gm.

Dengan berjayanya kami mendaratkan sembilang-sembilang berkenaan...maka OPS kami bertukar dari menjejaki sauh kepada menjejaki sembilang. Itulah dikatakan SAUH KUMPAU.........

Sunday, November 15, 2009

CASTING DIPAGI SABTU


Jam 6.00 pagi pada 07.11.2009..saya dan cikgu Sudin telah tiba dijeti Kg.Seri Serbang, Bongawan. Kalau ikut perjanjian kami dengan Team Lempayun..tepat jam 6.00 pagi kena tiba di jeti tersebut. Nampak gayanya Team Lempayun belum sampai, lebih kurang 15 minit kami menunggu...akhirnya Team Lempayunpun tiba. Dalam menunggutu cikgu Sudin sempat membuat balingan gewang, tapi tiada sambaran.

Tepat jam 6.30 pagi kamipun bergerak dari jeti ke lokasi yang dirancang. Air sungai Bongawan ketikatu berkeladak dan berarus. Dalam perjalanan kemi cuba trolling...tapi tiada seekor ikanpun yang berminat dengan gewang yang digunakan. Sampai dilokasi...airnya tak berapa bagus, tapi kami cuba juga casting...tiada sambaran yang berlaku. Dalam menunggutu...sempat kami dihiburkan oleh sekumpulan kera yang sedang mencari makan ditebing sungai padas. Jarak diantara kami cuma beberapa meter....lihat dari aksi kera tadi, rasa bosan menunggu air tenang tidak terasa..dan akhirnya kami berpindah kelokasi yang ke 2. Di sana dimaklumkan oleh Lempayun bahawa beliau pernah menaikkan selunsong seberat 7.9 kg dan sisik selunsung sebesar duit 50 sen Malaysia. Tapi apakan daya...di lokasi inipun tiada sambaran.

Tepat jam 9.00 pagi, kamipun balik ke jeti. Sebabnya saya terpaksa balik ke Papar kerana bapa & ibu mertua sedang menunggu untuk bergerak ke Pasar Pilak untuk membeli barang sebelum balik ke Negeri Sembilan keesok harinya.


Di maklumkan, petangtu Lempayun, Cikgu Sudin dan Tei membuat casting menggunakan bot di sana. Tapi malang juga menimpa mereka....kerana tiada seekorpun ungah dan selunsong yang berminat dengan gewang mereka.

IKAN & KUCING

Geng kenapa kucing suka makan ikan? Sebab ikan mempunyai isi yang sedap, lemak berkrim, mengandungi protin dan zat-zat yang diperlukan oleh badan. Kalau kucing bunting...maka mereka memerlukan oil fish yang banyak. Supaya apa geng?..supaya anak yang dilahirkan bukan OKU atau anak tersebut lebih pintar dari ibubapanya. Itulah serba sedikit ilmu yang saya tahu tentang ikan dan kucing.

RM 4.00 PISANG GORENG @ UKUI PISANG

Tarikh 14 November 2009....saya, Bos, Amli & Osup menduga untuk kali ke 2 leliwa Sg. Bongawan. Untuk menduga sepisis sungai Bongawan...maka umpan yang paling mujarab adalah pisang goreng. Port pertama kami di Jeti Kg.Tuangak cuma menghasilkan 1 ekor leliwa bersaiz sedarhana. Port ini memang selesa dilengkapi dengan jeti besar, luas dan berlampu tapi yang tak sedapnya ganguan dari bot PTI yang sentiasa memecut laju. Bukan 1 buah...tapi lebih dari 5 buah. Sakit hati.......rasa-rasa nak baling bom ikan atau casting pemandu bot tersebut.

Dalam keadaan hujan...Bos mencadangkan kami mencari port baru. So tampa berlengah saya mengarahkan krew bersiap sedia dan beredar dari situ tepat jam 5.45 petang. Akhirnya saya memilih port di Kg.Laut. Memang tepat pilihan saya..baru melabuh umpan...Amli sudah mendaratkan seekor leliwa bersaiz sedarhana...dan aksi tersebut berpanjangan sehingga jam 7.45 malam di mana penutupnya seekor leliwa barsaiz mega telah didaratkan oleh Osup. Berat leliwa tersebut tepat 2 kg. Setelah disusun...sebanyak 16 ekor leliwa dan 3 ekor serawi telah tewas ditangan kami.

Thursday, November 12, 2009

IKATAN PERAMBUT




IKATAN PERAMBUT PANCINGAN DASAR

SAIZ MATA KAIL & TEKNIK IKATAN

SAIZ MATA KAIL


IKATAN SIMPULAN




IKATAN SIMPULAN BIASA



IKATAN SIMPULAN MUDAH




IKATAN TELUR IKAN


IKATAN WORLD


IKATAN SIMPULAN KELING



IKATAN PALOMAR

UDANG GALAH KG.INUMAN,LUMADAN, BEAUFORT

Geng...10 hingga 11.11.2009, aku out station ke Kg.Lingkungan Laut....so kami sampai di sana alangkah terkejutnya apabila seorang kakak membawa UDANG GALAH biru-biru yang masih hidup di dalam bujut sekitar 10 kg. Mak oiiiiiiii...kata si Amli, "bosarnya udang".



Nak dijadikan cerita...selepas kami melaksanakan program di Kg.Lingkungan Laut...petang hari ke 2, kami terus pergi ke Weston untuk meninjau lubuk-lubuk yang sesuai untuk dijadikan lokasi casting. Di sana sempat aku berkenalan dengan Abang Hamzah (orang kg.Lingkungan Laut...kaki pancing laut, udang galah dan pelian) dan seorang lagi abang polis...iaitu abang Sofi (orang Batu Kikir Jambatan Bosi, Nogori Sembilan... dia baru bertugas di balai Weston baru 3 bulan dan merupakan seorang kaki pancing juga).
Di Weston, kami lepak kat restoran jeti...wah sungguh indah pemandangannya. Sungainya besar dan rumah sekitar sungai juga panjang-panjang...mungkin disini kali rumah martua si Belacan. Kalau banar...mana bot mu Belacan? Aku mau pakai bah....

Tepat jam 2 petang...kamipun bergerak balik. Sampai di jalan utama Beaufort - Sipitang kami ternampak mak cik menjual buah-buahan dan udang galah yang diikat pada pancing tradisional...KEJAMNYA...kering sudah udangtu. Jadi untuk tidak membuang masa, kamipun singgah dan meninjau udang yang dijual....sekali lagi kami terkejut...Apa tidaknya, makcik tadi membawa kami melihat sendiri udang galah yang dijual...rupa-rupanya disimpan di kolam simen keluasan sekitar 5 x 7 kaki di bawah kulung. Bukan udang galah sahaja...SEBARAU, LELIWA, BELIDA & BAUNG pun ada dibela. Harga udang galah RM28.00 1kg, Leliwa RM15.00 1kg dan sebarau sekitar RM15.00 1kg.




Jadi siapa-siapa nak merasa udang galah segar maka datanglah ke simpang Weston.