REVOLUSI PEMANCINGAN

Teknik pancingan dasar sudah sekian lama digunakan dan merupakan teknik yang paling popular sejak dahulu lagi. Manakala teknik pancingan menggunakan gewang masih baru di kalangan pemancing masa kini. Persoalan yang sering timbul...mana satu kah teknik pancingan yang paling berkesan & extreme? Jawapannya.."TEPUK DADA TANYA SELERA".



Search This Blog

LIKE OUR Facebook

Sunday, December 27, 2009

SUKSESSNYA TRIP BENTUKA

AKSI GANAS BARAKUDA SAHUR



HASIL YANG SEMPAT DIRAKAMKAN

Pada 24 Dis.2009, Geng Keruak Patin Afrika, Geng Lempayun dan Team Ombak Biru sekali lagi turun ke Bentuka dengan misi bottom, casting, trolling dan reba. Semua team suksess dengan hasilnya di mana GKPA telah berjaya menaikkan beberapa ekor tanda, kerapu, pari ( 1kg), sembilang, gelama dan barakuda sirip kuning (berat 3 kg)..... GL pula berjaya menaikkan siakap merah (1 Kg lebih), kerapu, tanda, barakuda dan pari ( 3 Kg lebih) manakala TOB pula berjaya menaikkan ikan putih, kerapu dan pari (3.5 Kg). Nampaknya hasil pada hari tersebut lebih banyak barakuda dan ikan tanda. Manakala ikan putih kurang...mungkin disebabkan airnya atau bilangan ikan barakuda terlalu berkuasa di sana.

BARAKUDA KU TROLLING DENGAN UDANG MATI

PARI MAKAN MACAM UNGAH

TEAM OMBAK BIRU

GENG LEMPAYUN


GENG KERUAK PATIN AFRIKA

TISUNAMI TUBA SG.BONGAWAN

CIKGU SUDIN SEDANG MENANGKAP UDANG YANG MABUK

Tarikh 25 Disember adalah tarikh yang senonim dengan suka duka penduduk dunia...kerana tarikh ini banyak tragidi yang dasyat berlaku di seluruh dunia. Bencana yang pernah berlaku pada tarikh ini adalah seperti Ribut Greg, Tisunami Acheh dan Bangunan Runtuh di Bukit Antarabangsa KL serta banyak yang tak dapat diceritakan disini.

SALAH SEEKOR LELIWA YANG PENING


Tepat tarikh 25 Dis.2009, satu lagi bencana yang mengecewakan kaki-kaki pancing seluruh dunia. Di mana Sg. Bongawan yang penuh dengan kehidupan akuatiknya di TUBA menggunakan racun serangga. Banyak ikan dan udang galah terdampar serta timbul di atas permukaan air sungai...dan yang saya paling kecewa....ikan kegemaran saya iaitu LELIWA pun turut terlibat dalam keracunan tersebut...CELAKA, BANGSAT, LANAT, BOUTA, KELANGAR & JAHANAM yang dapatku luahkan di atas kekecewaan hati ini.MARAH NIIIIII.........

IKAN & UDANG YANG SEMPAT DISELAMATKAN

Lagi saya kecewa...semua pemimpin masyarakat kurang perihatin terhadap isu ini. Apa yang mereka kata.."ORANG TERLIUR MAHU MAKAN". Memang bangsat orang sedemikian...Ku sumpah...SIAPA YANG MAKAN IKAN BERACUN TU...AKAN MATI CEPAT...AMIN. Kejam bunyinya BRO...tapi inilah yang patut kita luahkan kepada durjana itu.
Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan TQ kepada my brother (Pak Dol) yang berusaha keras berjumpa UPKR dan Penyelia JPS (Ampangan) Mr. Wong untuk melepaskan air di ampangan Bongawan. Kebetulan malam itu GKPA mempunyai misi menyerang LELIWA....tapi malangnya leliwa yang dipancing timbul dipermukaan air dan GKPA yang terdiri dari saya,cikgu Sudin, Brother Lampam, C Wan Gendut dan Sahabat Cikgu Sudin berjaya membantu & menyalamatkan sebilangan ikan serta udang daripada mati keracunan. Ikan dan udang tersebut...sempat kami berikan bantuan CPR dan terus kami lepaskan ke Kolam Beliau. Tahniah kepada GKPA atas keperhatinan ini...

P/S kepada KAKI TUBA....Sumpah kami akan disebut hari-hari dan ingatlah bahawa sumpah itu akan menjadi kenyataan apabila dimakbulkan oleh Tuhan...amin

GKPA Vs GT I

HASIL POPPING GKPA

CERITA PANAS & HANGAT DIPASARAN...... Geng Keruak Patin Afrika berjaya menakluk lubuk GT dengan menggunakan kaedah POPPING di perairan Kota Kinabalu, Sabah selepas penjajahan lubuk Bentuka, Beaufort. Di mana 4 ekor GT tewas dan 2 ekor sempat mencuri popper kami dalam hanya 1 jam 1/2.

Bro...nak dijadikan cerita, pada 27 Dis 2009...geng keruak iaitu saya, Cikgu Sudin, Sahur & Wan Gandut (protege kapten keruak) bersiar-siar di Kota Kinabalu untuk meninjau kedai-kedai pancing yang beroperasi pada hari tersebut. Banyak gewang jenis & jenama lama kami borong. Perancangan awal kami sepatutnya mengadakan trip popping pada waktu pagi...tapi Cikgu Sudin ada menerima jemputan makan free dan berbayar di Pengalat Kecil. So trip tersebut kami tunda pada waktu petang.

Trip popping ini kami rancang malam semalam dan syaratnya setiap orang hanya dibenarkan membawa set popper sahaja. Jarum jam ditangan menunjukkan angka 3.30 ptg...kami bergerak kelokasi yang dirancangkan setelah shoping kat kedai TCE Putatan. Sampai dilokasi tepat jam 4.15 petang, keadaan ketika itu angin bertiup selaju 20 ke 30 knot dan berombak...sukar juga kami untuk membaling popper. Tapi berkat usaha yang kami lakukan akhirnya protege saya (Wan Gandut) berjaya naikkan baby GT seberat 500 g. Tidak berapa lama Cikgu Sudin pula mendapat sambaran dan berjaya menaikkan GT seberat 1 kg..selang berapa minit Sahur pula menerima sambaran dan akhirnya popper beliau disangkutkan.

Baling demi baling, tiba-tiba saya pula yang mendapat sambaran dan saya berjaya menaikkan baby GT seberat 500 g...tidak berapa lama popper protege saya diragut lagi dengan ganas sehinggakan beliau menahan asakan dengan memegang batang rod yang sedang melentur giler..tapi asakan itu terlepas bersama popper sekali. Sebelum trip berakhir tepat jam 5.30 ptg, saya mendapat sambaran ganas...asakan demi asakan berlaku dan akhirnya GT seberat 1 kg tumpas sebagai penutup trip pada petang tersebut.

Sekian sahaja laporan Popping yang saya dapat kongsikan bersama. HARAP MAAF...Gambar belum lagi dapat di postkan kerana...gambar-gambar tersebut akan dihantar ke majalah pancing.

TQ BRO...HATI PANAS.

Monday, December 21, 2009

ULAR SAWA KG ALOGILAT, BEAUFORT


BRO...INI ULAR KE NAGA.....???

PATIN AFRIKA

GEWANG KEGEMARANNYA
Bro...ikan inilah simbolik geng kami...ada sejarahnya ikan ini sebelum tertubuhnya Geng Keruak Patin Afrika (GKPA)...Sebenarnya nama PATIN AFRIKA itu gelaran kami kepada ikan BADUKANG. So sejarah itu biar kami saja yang tahu. Apa yang penting tarikannya...lepastu kena lepaskan atau nak ambil, ambillah...dan jangan dibunuh kalau tak nak ambil....BERDOSA Bro....eheheh. Anggap ikan ini sebagai penghibur apabila hati tengah lara...larian mantop, mantap dan bergaya serta berkeyakinan. Kalau nak cuba nasib dengan gewang...datanglah ke UNP...pasti layanan mesra akan diberikan oleh ikan ini. Kalau kaki pancing bottom...saya cadangkan datang ke Sg.Kimanis (Kg.Brunei) atau Sg.Bongawan (Kg.Seladan) pasti kunjungan tuan-tuan akan dilayan mesra dan diberi kepuasan yang ditahap maxsimum...( Berat sekitar 1 hingga 3 kg seekor). Pastikan menggunakan set pancing ringan...baru ada ommmmmm.

KOLIKSI PEMBUNUHKU

GEWANG PEMBUNUHKU

GEWANG SELAMAN DALAM


GEWANG CAMPURAN

GEWANG & POPPER KEGEMARANKU

GEWANG & POPPER SIUK MAIN

JIG BESI

JIG TENGKORAKKU

TAMBUNG BENTUKA LAGI

Geng semalam Abang Saidin menelefon aku...dia kata "aku baru menaikkan ikan tambung @ jenahak sebarat 1.5 kg...nanti aku MMS gambar" . Rupa-rupanya beliau turun ke Bentuka kemarin (21.Dis.2009)...naaaaaa hasilnyapun boleh mengegarkan kuali di rumah. Pari seberat 2.5 kg...yang lain tanda, sembilang dan putih.

P/s : Bang antar gambar paritu inda masuk smlm.... dan nak tanya...aing bisai ke? Lusa kami mengegarkan Bentuka....eheheh

Sunday, December 20, 2009

SANG BEDAL DI SG.KIMANIS

BRO...masyarakat Kimanis, Papar gempar lagi apabila dikatakan bahawa sang bedal muncul dibebarapa lokasi berpasir untuk berjemur di Sg.Kimanis. Dalam tinjauan wartawan Utusan Borneo kat lokasi disebutkan minggu lepas...tidak ternampak sebarang kelibat sang bedal yang dikatakan. Tapi untuk perhatian kaki-kaki pancing kita harus berhati-hati dan jangan celupar apabila berkata-kata. Banyak-banyakkan membaca doa...meminta keberkertaan dari Allah / Tuhan..amin.

PANAS DIMATA...HANGAT DITELINGA (3 KG)


KERAPU BETINA

(Bertalur...kalau ku tahu, tatapku lapaskan)

WAN EXSIN KAU...EHEHEH

Tarikh 20.Dis. 2009 adalah tarikh keramat bagi saya. Apa tidaknya, tarikh 18 dan 19. Dis.2009 adalah merupakan tarikh mengecewakan bagi saya....casting kat UNP dan Borneo Golf mata gewang laka dan ikan menyambar ketika baitcaster membuat sarang burung. Tapi tarikh di atas adalah pengubat segalanya...tempat yang sama apabila gewangku partama kali casting disambar dan disangkutkan oleh ikan mega dan lokasinya di Sg.Mendahan. Hasilnya seekor ikan kerapu seberat 3 kg yang mengidam gewang berjayaku daratkan...Cikgu Sudin jangan stress...Sahur hati panas ya...eheheh

TEBANGKANG MATA TIGA GEWANGKU

ABANG SAIDIN DAN GENG

JENAHAK @ TAMBUNG

BRO...saya baru kenal dengan seorang abang ni...beliau merupakan seorang pemancing otai juga. Beliau tinggal di Kg.Berundong, Papar bersebalahan Taman Perumahanku. Beliau selalu beroperasi di sungai Bentuka, Beaufort dan hasil yang diperolehi oleh beliau agak lumayan juga....sehinggakan beliau mengatakan bahawa Bentuka syurga bagi warga pemancing kalau tahu lubuk-lubuknya. Lihat gambar aksi beliau dan gengnya Di BENTUKA.
KURAU 8 KG




ANAK BELIAU

ANAK BUAHKU TERACUN

JALAK CASTING PERTAMA BELIAU
Geng saya nak perkenalkan anak buahku yang sentiasa menjadi orang kanan & kiriku...dia baru berumur 13 tahun, tapi macam bapak orang sudah. Namanya kami gelar Wan Gendut...nama panjang...sangat panjang Mohd. Sahsazuan..... (lupalah). Nak dijadikan cerita...dia ni berminat dalam dunia pemancingan, tapi masih baru dan perlu diberi tunjuk ajar. Dialah rakan sepancingan yang setia dan tidak mudah putus asa...walaupun selalu aku kutuk...eheheh. Lihatlah hasil tangkapan beliau...(baru belajar BRO...)

WAN.. baduk...baduklah yang penting tarikannya...eheheh

LELIWA MEGA

LELIWA JANTAN (Berat 2.8 kg)
Geng tahu kah anda...di mana leliwa mega-mega berada? Kalau nak tahu...leliwa mega berada di sekitar sungai Bongawan. Sungainya taklah sedalam sg. Padas, Bentuka, Membakut, Tuaran dan lain-lain sungai. Sungainya hanya berkedalaman sekitar 1 hingga 10 meter. Tapi geng di sungai ini..ikan jenis bermisai sangat sihat dan subur..begitu juga dengan ikan yang memakan lumut seperti kap, pelian @ kelah dan talipia @sajin serta udang galah @ kakau. Kalau geng bernasib baik...ikan leliwa, baung, kap, pelian dan sajin semuanya mega-mega...berat dianggarkan sekitar 1 hingga 12 kg. Habitatnya tidaklah terlalu jauh dihulu...tapi ikan di Bongawan ianya berkeliaran sekitar Kg.Ulu, Kg.Tengah, Kg.Laut dan Kg.Tuangak serta Kg. Seladan...itulah yang menjadikan Bongawan syurga ikan air tawar.
LELIWA BETINA (Berat 2.2 kg)

Sunday, December 13, 2009

TRIP BENTUKA TERDAMPAR

Tarikh 12.12.2009 adalah merupakan hari bersejarah bagi Geng Keruak Patin Afrika apabila saya, Cikgu Sudin & Amli bersama Team Ombak Biru (KOB, Snek & Fian) merjah Sg.Bentuka yang dikatakan mempunyai kezanah sungai yang banyak dan besar-besar.

BOTMAN KAMI @ SAHUR (Macam mundu bro)
Kami bertolak dari rumah beliau jam 6.30 am...dan sepatutnya jam 5.00 am, tapi kami terpaksa menunggu ahli TOB yang kesiangan tiba dari KK iaitu C snek & Fian. C Amli @ Sahur tiba bersama Cikgu Sudin tepat jam 5.00 am. Kami tiba di Jeti jam 7.30 am, tampa belenggah kamipun memnuggah barang pancing masuk ke dalam 2 buah bot yang disewa (harga sewa RM30 dan minyak sendiri manakala TOB RM60 dan minyak sendiri).


Dalam perjalanan TOB didepan menakala Geng Keruak mengikut dibelakang....tapi apakan daya malang itu tidak berbau...TOB meninggalkan kami lebih kurang 2 ke 3 KM di depan dan malang yang menimpa bot kami adalah enjinnya rosak di tengah perjalanan...dan kami terpaksa bertarung untuk menghidupkan enjin tersebut. Akhirnya kami mengalah dan kami terpaksa berehat serta mencuba nasib di sungai berkenaan....tiba-tiba...zzzzzzzzzzz bunyi kekili Sahur yang berumpankan udang hidup...main demi main akhirnya seekor ikan putih didaratkan...nampak gaya lubuk ni boleh tahan kataku. Selang bebarapa saat, giliran saya pula mendapat ragutan yang kuat...tapi mata kail yang saya gunakan patah.Tarik demi tarik akhirnya sebanyak 4 ekor putih, 4 sembilang, 1 kerapu dan 2 ekor gelama yang kami naikkan bertiga di LUBUK GENG KERUAK PATIN AFRIKA TERSADAI.

Dalam 40 minit menunggu pertolongan dari TOB...kami cuba minta pertolongan dari nelayan tempatan dan akhirnya enjin bot yang kami naiki dapat dihidupkan semula...barulah senang hati. Tidak berapa lama kemudian, TOBpun tiba...dan sempat C snek menarik barakuda...tapi tak sempat dinaikkan ke bot...barakudapun bebas.

Penderitaan kami berakhir dan kami meneruskan perjalanan ke lubuk simpang 3 sungai Bentuka...di sana kami bermain reba / rungkap...akhirnya Cikgu Sudin dapat mengcasting barakuda dan aku 6 kali ragutan kuat tapi tak dapat dinaikkan kerana ikan pantas membelit dikayu yang tengelam dan Sahur 3 kali mendapatkan ragutan yang amat kuat tapi sayang sekali semuanya dibelit kat dahan kayu. Di sana kami dapat menaikkan 3 ekor barakuda dan 4 ekor putih.

Manakala TOB beralih arah ke muara...dan mereka lebih gemar menggunakan teknik trolling dan casting. Mereka dapat menaikkan 2 ekor barakuda dan 3 ekor putih serta 1 ekor sembilang kalau saya tak silap...lepas jangan kiralah bro..

PERHATIAN KEPADA GENG PANCING .....
Kalau nak menduga Sg.Bentuka, apa yang perlu anda sediakan adalah ..

1. GPS (12 channel)
2. Minyak bot yang mencukupi (paling kurang RM30.00)
4. Bawa botman tempatan

Kalau tak anda akan sesat serta tidak mendapat hasil ikan yang diharapkan.
HARAP MAAF...BANYAK GAMBAR TIDAK DAPAT DI AMBIL KERANA TRIP KALI NI HUJAN LEBAT DAN HP BEKU MASUK TONG AIS...

BISA TUSUKAN SEMBILANG & PENAWAR

Malam jumaat lepas (10.12.2009), Geng Keruak Patin Afrika (saya,cikgu Sudin,Wan Afrika & Sarjan) mengempur lubuk UNP dengan bermisikan untuk menaikkan apa-apa jua jenis ikan. Seperti yang dirancangkan kami bergerak kelubuk UNP jam 10.00 malam. Dan terbukti pada malam itu nasib kami memang baik apabila beberapa ekor ikan dapat dinaikkan seperti siakap batu, merah, sembilang, ketam dan depu)...tapi bro agak malang sedikit dengan saya apabila kita cukup berhati-hati dengan ikan berbisa akhirnya saya tertewas dengan sang sembilang. Kalau nak tahu bro...saya ni dah banyak kali terkena tusukan ikan sedang-sedang berbisa seperti baung, leliwa, kitang dan duri. Tapi bro, tusukan sembilang lain dari yang lain....apa tidak bro, bisa dari duri @ iting sembilang cepat merebak sehinggakan tangan yang terkana itu menjadi kebas, sengal dan berdenyut @ menganyat serta cerita orang bahawa siapa yang terkena sengatan sembilan nak pulihnya akan memakan masa 1 hingga 2 minggu. Siapa tak takut bro, ingatkah anda akan cerita legenda "Bawang Merah Bawang Putih" kan..... bapa mereka mati akibat sengatan ikan sembilang.

Sembilang yang menyengat aku

Walaubagaimanapun bro...setiap yang sakit pasti ada ubatnya @ penawarnya. Ini adalah merupakan ubat yang boleh dikatakan mujarab bagi saya...sebabnya bro, saya tak perlu untuk memakan ubat penahan sakit. Dalam 1 hari sahaja sakit dari sengatan sembilang berkenaan dapat disembuhkan. Saya pada mulanya kurang yakin akan penawar ini....penawar yang dimaksudkan adalah sejenis pokok menjalar di tepi pantai dan dipanggil sebagai DAUN TAPAK KUDA. Inilah penawar yang dikenalkan kepada saya oleh Sarjan...penawar ini diketahui berkesan setelah beliau pernah bertugas sebagai polis PJA di Pulau Banggi, Kudat dan pengalaman beliau apabila ditusuk ikan belais...memang mujarab bro!!!.

"DAUN TAPAK KUDA"

Selain itu jug bro, ada orang mengatakan bahawa air kencing dan cuka juga mujarab apabila kita terkena tususkan sembilang atau ikan-ikan yang mempunyai bisa. So bro...apabila kita terkena sengatan, kita jangan gelabah...
IKAT JARI DENGAN GETAH


TITISKAN GETAH DAUN TAPAK KUDA

Pertama - kita tekan tempat yang disengat
Kedua - sedut darah menggunakan mulut
Ketiga - ikat dengan getah, tali atau sebagainya
Keempat -cari getah daun tapak kuda , cuka atau kencingkan
Kelima - kalau sakit sangat...maka bawalah ke hospital

Sekian sahaja pengalaman dan kongsi pengalaman untuk tatapan semua kaki pancing seluruh dunia. Selamat mencuba.