REVOLUSI PEMANCINGAN

Teknik pancingan dasar sudah sekian lama digunakan dan merupakan teknik yang paling popular sejak dahulu lagi. Manakala teknik pancingan menggunakan gewang masih baru di kalangan pemancing masa kini. Persoalan yang sering timbul...mana satu kah teknik pancingan yang paling berkesan & extreme? Jawapannya.."TEPUK DADA TANYA SELERA".



Search This Blog

LIKE OUR Facebook

Sunday, September 13, 2009

XPDC KE-2 Batu 30 "LUMAYAN"





Tepat jam 5.05 minit pagi selepas solat subuh aku (Kapten Keruak) dan Cikgu Din bersiap sedia untuk melancarkan serangan yang ke dua di Lubuk terkini dan terangat dipasaran...eheheh.

Sebelum bergerak .......
Jam 4.50 am (dalam sms)

Aku : cikgu ok ke...rady udah?

Cikgu Din : Bah...siap..
* Rupanya beliau kesiangan..inda bersahur...diapun menghidupkan enjin motor kapcinya...bum..bum..bummmmm.....

Jam 5.00 am:


Akupun keluar bersama peralatan pancing...dan cikgu Din pun dah ready nampak gayanya.
Jam 5.05 am : Kami berduapun bergerak dengan menunggang motor kapci cikgu Din.
Tepat jam 5.45 am...kamipun sampai di lokasi ...saya mengambil tempat di seberang, manakala cikgu Din di tepi jambatan...aku dan cikgu Din bersiap sedia dengan memasang pancing dan gewang...
Dalam beberapa minit..kelihatan kelibat 3 orang sedang berjanan...dari jauh nampak seperti aku kenal...rupa-rupanya si Lempayun (cikgu Osman),Mentaus dan cikgu Azlin. Nah berpesta kita...aku kata kepada cikgu din.

Sedang aku membaling gewang dalam 2 ke 3 kali....BURRRRRR! bunyi kocakan air...Lempauyn..apa lagi umban gewang tu? Baru 3 kali baling, si Lempayun...udah kana. Dalam masa 2 minit sekor siakap@ungah seberat 1.5 kg ditumpaskannya.

Selang beberapa minit...cikgu Din...nah kana lagi...beliau bermain tak sampai 1 minit...sudah 1 kg siakap merah ke 2 naik. Tidak beberapa lama...gewang saya disambar dengan kuat..tapi malangnya ikan yang menyambar terlepas.

Tepat jam 6.20, kelihatan kelibat orang sedang berjalan menuju ke lokasi pemancingan kami...rupa-rupanya abang saya (Dahlan) dari TeamOmbakBiru. Sampai aje dia mengeluh..apa tidaknya seberakas gewangnya tertinggal dirumahnya di KK. Apa lagi meminjam gewang le dia dgn cikgu Din. Dia tanya..ada sudah?. Kau lambat...2 ekor sudah tumpas kataku.. Dalam bebarapa minit..kedengaran suara cikgu Din....huhooiiii, kena lagi..beberapa rakan sedang memberikan semangat kepada beliau..dalam masa singkat 900 gm siakap merah yang ke 2 hasil tangkapannya berjaya ditumpaskan. Tidak lama kemudian, giliran si Lempayun lagi...nah, ni kali kau...dan ini merupakan siakap ke 4 seberat 700 gm tewas ditangan Lempayun. Panjang senyumnya...eheheh. Tiba-tiba Lempayun menjerit...kau main slow-slow, rupa-rupanya gewang si Mentaus (adik Lempayun) kena sambar...tapi malang juga yang menimpa beliau. Sama tah nasib kita Mentaus...ahahah.
XPDC kali ini lebih berjaya berbanding XPDC yang pertama...di mana 4 ekor siakap merah tewas dalam beberapa jam sahaja. Dan tepat jam 9.00 pagi, kami semuapun bersurai.
Hasil tangkapan cikgu Din..seekor kami minta sarjan masak asam pedas dan seekor cikgu Din bawa balik untuk diberikan kepada isterinya..lama sudah ia mengidam ungah merah.
Gambar ni hasil tangkapan cikgu Din & Lempayun.

No comments: