Pada bulan Julai lepas, saya telah ditugaskan ke Kg.Pinambawan Tuaran. Apa lagi...semangat berkobar-kobar kerana inile masa yang sesuai untuk aku mengasah pancingku yang dah 8 tahun berehat di KL.
Hari pertama, saya masih lagi bertugas di Kg.Pinambawan.
Hari ke tiga, inile hari yangku tunggu-tunggu kerana hari ini aku free...so apa lagi, buka pintu yang menghadap sungai...ulur pancing. Ada mematuk,tapi tak sangkut. Apa ikan yang makan ni ah...aku bertanya sendiri.
Rupa-rupanya...dia pula..ikan belanak besar-besar yang dianggarkan 500 g ke 2 kg berkeliaran dibawah resort sedang menyambar roti yang kami gugurkan. Apa lagi...aku panggil Din...bawa box pancing...aku mau tukar mata kail udang. So kamipun tukar mata kail udang. Dapatle kami tangkap 3 ekor dan 2 ekor lepas, sebab tak boleh angkat...besar sangat.
Inilah pemandangan laut / muara sg.Pinambawan, Tuaran.
Botman yang boleh membawa anda ke lubok ikan. Beliau adalah merupakan mantan cikgu dan sekarang sebagai botman sepenuh masa.So nak cari beliau senang aje...pergi ke jeti Kg.Pinambawan tuaran aje dan tanya nama cikgu Mansang.Mesti beliau ada di sana.
No comments:
Post a Comment