REVOLUSI PEMANCINGAN

Teknik pancingan dasar sudah sekian lama digunakan dan merupakan teknik yang paling popular sejak dahulu lagi. Manakala teknik pancingan menggunakan gewang masih baru di kalangan pemancing masa kini. Persoalan yang sering timbul...mana satu kah teknik pancingan yang paling berkesan & extreme? Jawapannya.."TEPUK DADA TANYA SELERA".



Search This Blog

LIKE OUR Facebook

Sunday, September 6, 2009

XPDC Batu 30



Lepas sahur n solat subuh kita jalan! bilang Brother Lampam. Ba aku dan Kapten Keruak setuju. selepas sahur n solat subuh aku keluar membuat persiapan kelihatan Brother lampam sudah berlegar-legar di depan rumahnya manakala Kapten Keruak jiran sebelah rumah masih belum kelihatan. Jam di tangan sudah menunjukkan pukul 5.15 pagi, aku terus memberi signal pada Brother Lampam supaya datang dan mengejutkan KaptenKeruak yang merupakan adik beliau. Setelah diketuk cermin rumahnya rupanya Kapten sudah bangun cuma belum keluar lagi terus Brother Lampam mengarahkan supaya Kapten cepat bersiap. XPDC kali ini tidak disertai oleh sarjan kerana ingin menonton perlawanan bola sepak di antara Argentina dan Brazil., manakala Wan Afrika sibuk memasang wiring dan mamar bila bulan puasa.

Kami bertolak kira-kira jam5.20 pagi, singgah sebentar mengisi minyak dan terus menuju ke destinasi iaitu lubuk batu 30 merupakan lubuk baru bagi aku n brother Lampam tapi biasa bagi Kapten Keruak. Perjalanan cuma mengambil masa lebih kurang 15 mini, dan setibanya kami di sana peralatan memancing dikeluarkan dan terus menduga dengan aku n Kapten menggunakan kaedah casting manakala brother Lampam pancingan dasar berumpankan udang pasar, basung. setibanya kami di lubuk yang hendak di tuju terdapat dua orang sedang membottom dan seorang caster baru sampai. apa yang saya boleh katakan mengenai lubuk ini, ianya amat berpotensi kerana sedang kami asyik mengkasting terdapat banyak sambaran anak-anak ikan di merata-rata tempat dan ini menunjukkan bahawa siakap merah sedang berpesta tapi malangnya walaupun tekun mengilat dan bertukar gewang namun tiada sambutan daripada ikan pemangsa tersebut. keadaan ikan galak makan tersebut berlangsung sehingga jam9 pagi sebelum air mulai pasang laju dan keadaan air menjadi kabut. Kapten bernasib baik kerana berjaya menumpaskan seekor kerapu juvenil berskala 4oog, manakala aku pula hampa dengan sambaran yang dipercayai siakap Merah mega yang berjaya memetahkan mata tiga halco yang sudah sedia berkarat. XPDC kami yang sepatutnya ditamatkan kira-kira jam8 pagi membawa kepada 12 tengahari menjadikan kami semua kepenatan(sudahlah puasa) atau mamar istilah yang digunakan oleh kapten itu pun terpaksa ditamatkan kerana kapten menerima pangilan kecemasan daripada Sarjan bahawa itik paya sedang mengamuk di taman perumahan papar dan bantuan kami amat diperlukan.





Aku yang hampa mengubat hati yang luka dengan bertukar kepada camera man dengan membuat liputan XPDC, dalam perjalanan pulang kami sempat berkenalan dengan Otai pancing brother Osman namanya dan sempat juga aku mengambil video pertarungan di antara brother ni dengan kerapu yang berjaya ditewaskan menggunakan kaedah pancingan dasar seberat 700g yang mana kesemua bahan bukti tersebut juga telah terpadam semasa hand phone aku pula buat hal! hampa lagi aku untuk kali kedua! Bikin Panasssssss!. Apa pun trip kali ni boleh dianggap berjaya walaupun tiada hasil yang memberangsangkan tapi banyak memberi pengajaran yang amat berguna buat kami berdua yang menggunakan kaedah gewang manakala bagi brother Lampam yang menggunakan kaedah bottom diharap sentiasa bersabar dan cool sentiasa apabila berjaya menaikkan ikan plastik hitam brskala 300g.

No comments: