REVOLUSI PEMANCINGAN
Teknik pancingan dasar sudah sekian lama digunakan dan merupakan teknik yang paling popular sejak dahulu lagi. Manakala teknik pancingan menggunakan gewang masih baru di kalangan pemancing masa kini. Persoalan yang sering timbul...mana satu kah teknik pancingan yang paling berkesan & extreme? Jawapannya.."TEPUK DADA TANYA SELERA".
Search This Blog
LIKE OUR Facebook
Tuesday, September 29, 2009
PEMANDANGAN INDAH MUARA BUNDUSAN PAPAR.
Pada minggu lepas...28 hb.09.2009. Saya dan Brother Lampam melepaskan gian casting di Muara Bundusan Papar. Maklumle...dah 1 minggu beraya kat Negeri 9. So apa lagi turunle kami dengan semangat juang. Tiba di sana, kelihatan 6 orang kaki pancing tegar sedang memancing menggunakan kaedah umpan dasar. Dan kami...tidak membuang masa, lalu melapaskan gian dengan cast....tapi malangnya tiada yang sudi menyambar gewang yang saya guna. C Brother lampam memaklumkan bahawa gewangnya di sambar ikan...maklumle orang baru berjinak-jinak dengan gewang....ikan yang menyambar tidak terait. Malangnya nasib kami.........Tapi tak apa, petangtu kami melepaskan rindu dengan mengamati permandangan muara Bundusan yang luas dan indah.
Sunday, September 13, 2009
XPDC KE-2 Batu 30 "LUMAYAN"
Tepat jam 5.05 minit pagi selepas solat subuh aku (Kapten Keruak) dan Cikgu Din bersiap sedia untuk melancarkan serangan yang ke dua di Lubuk terkini dan terangat dipasaran...eheheh.
Sebelum bergerak .......
Jam 4.50 am (dalam sms)
Aku : cikgu ok ke...rady udah?
Cikgu Din : Bah...siap..
* Rupanya beliau kesiangan..inda bersahur...diapun menghidupkan enjin motor kapcinya...bum..bum..bummmmm.....
* Rupanya beliau kesiangan..inda bersahur...diapun menghidupkan enjin motor kapcinya...bum..bum..bummmmm.....
Jam 5.00 am:
Akupun keluar bersama peralatan pancing...dan cikgu Din pun dah ready nampak gayanya.
Jam 5.05 am : Kami berduapun bergerak dengan menunggang motor kapci cikgu Din.
Tepat jam 5.45 am...kamipun sampai di lokasi ...saya mengambil tempat di seberang, manakala cikgu Din di tepi jambatan...aku dan cikgu Din bersiap sedia dengan memasang pancing dan gewang...
Jam 5.05 am : Kami berduapun bergerak dengan menunggang motor kapci cikgu Din.
Tepat jam 5.45 am...kamipun sampai di lokasi ...saya mengambil tempat di seberang, manakala cikgu Din di tepi jambatan...aku dan cikgu Din bersiap sedia dengan memasang pancing dan gewang...
Dalam beberapa minit..kelihatan kelibat 3 orang sedang berjanan...dari jauh nampak seperti aku kenal...rupa-rupanya si Lempayun (cikgu Osman),Mentaus dan cikgu Azlin. Nah berpesta kita...aku kata kepada cikgu din.
Sedang aku membaling gewang dalam 2 ke 3 kali....BURRRRRR! bunyi kocakan air...Lempauyn..apa lagi umban gewang tu? Baru 3 kali baling, si Lempayun...udah kana. Dalam masa 2 minit sekor siakap@ungah seberat 1.5 kg ditumpaskannya.
Selang beberapa minit...cikgu Din...nah kana lagi...beliau bermain tak sampai 1 minit...sudah 1 kg siakap merah ke 2 naik. Tidak beberapa lama...gewang saya disambar dengan kuat..tapi malangnya ikan yang menyambar terlepas.
Tepat jam 6.20, kelihatan kelibat orang sedang berjalan menuju ke lokasi pemancingan kami...rupa-rupanya abang saya (Dahlan) dari TeamOmbakBiru. Sampai aje dia mengeluh..apa tidaknya seberakas gewangnya tertinggal dirumahnya di KK. Apa lagi meminjam gewang le dia dgn cikgu Din. Dia tanya..ada sudah?. Kau lambat...2 ekor sudah tumpas kataku.. Dalam bebarapa minit..kedengaran suara cikgu Din....huhooiiii, kena lagi..beberapa rakan sedang memberikan semangat kepada beliau..dalam masa singkat 900 gm siakap merah yang ke 2 hasil tangkapannya berjaya ditumpaskan. Tidak lama kemudian, giliran si Lempayun lagi...nah, ni kali kau...dan ini merupakan siakap ke 4 seberat 700 gm tewas ditangan Lempayun. Panjang senyumnya...eheheh. Tiba-tiba Lempayun menjerit...kau main slow-slow, rupa-rupanya gewang si Mentaus (adik Lempayun) kena sambar...tapi malang juga yang menimpa beliau. Sama tah nasib kita Mentaus...ahahah.
XPDC kali ini lebih berjaya berbanding XPDC yang pertama...di mana 4 ekor siakap merah tewas dalam beberapa jam sahaja. Dan tepat jam 9.00 pagi, kami semuapun bersurai.
Hasil tangkapan cikgu Din..seekor kami minta sarjan masak asam pedas dan seekor cikgu Din bawa balik untuk diberikan kepada isterinya..lama sudah ia mengidam ungah merah.
Gambar ni hasil tangkapan cikgu Din & Lempayun.
Thursday, September 10, 2009
Panggilan Sungai Pinambawan, Tuaran
Pada bulan Julai lepas, saya telah ditugaskan ke Kg.Pinambawan Tuaran. Apa lagi...semangat berkobar-kobar kerana inile masa yang sesuai untuk aku mengasah pancingku yang dah 8 tahun berehat di KL.
Hari pertama, saya masih lagi bertugas di Kg.Pinambawan.
Hari ke tiga, inile hari yangku tunggu-tunggu kerana hari ini aku free...so apa lagi, buka pintu yang menghadap sungai...ulur pancing. Ada mematuk,tapi tak sangkut. Apa ikan yang makan ni ah...aku bertanya sendiri.
Rupa-rupanya...dia pula..ikan belanak besar-besar yang dianggarkan 500 g ke 2 kg berkeliaran dibawah resort sedang menyambar roti yang kami gugurkan. Apa lagi...aku panggil Din...bawa box pancing...aku mau tukar mata kail udang. So kamipun tukar mata kail udang. Dapatle kami tangkap 3 ekor dan 2 ekor lepas, sebab tak boleh angkat...besar sangat.
Inilah pemandangan laut / muara sg.Pinambawan, Tuaran.
Botman yang boleh membawa anda ke lubok ikan. Beliau adalah merupakan mantan cikgu dan sekarang sebagai botman sepenuh masa.So nak cari beliau senang aje...pergi ke jeti Kg.Pinambawan tuaran aje dan tanya nama cikgu Mansang.Mesti beliau ada di sana.
Wednesday, September 9, 2009
Gewang & Rod Casting Ku Baru (10.09.2009)
Tepat jam 10.35, Bro Fian telah mengajak aku g CP untuk mengambil seluar jens yang kami tempah 2 minggu lalu. Sampai di CP, saya dan Bro Fian terus gi kedai jahit Armani.Lepas kami mengambil seluar tersebut saya mengajak Bro Fian meninjau-ninjau kedai pancing bersebalahan kedai jahit tersebut.
Taukey kail; apa mau dan apa cari?
Aku ; tengok-tengok kawan.
Taukey kail ;yale..tiada masalah.
"Bisik hati saya - mahalnya harga gewang disini."
So apa lagi...cabutttt.............
Bro Fian ; bro kita gi Pasar Pilak...
Aku ; Ok bro..boleh aku gi tengok gewang kat kedai pancing Kota Merin.
Taukey kail; hello..mau cari rapalake?
Aku ; Ya..mana yang bagus untuk casting?
Taukey Kail ; semua bagus..laut atau sungai?
Aku ; Sungaile..
Taukey kail ; pilihlah...semua ada......
Aku ; Tengok-tengok dulu....(saya tak beli gewang tapi beli box rapala RM9.90 dan Majalah Kembara Kail Bil.14 RM12.50, nak tengok sepupu menaikkan kakau Kota Klias iaitu saudara Lempayun@Cikgu Osman)
* Di pendikkan cerita......gewang kat kedai ini murah RM2.00 berbanding gewang kat kedai KBS.
Selepas dari kedai Kota Merin, saya terus gi RHB Bank bayar hutang kereta. Lepastu Bro Fian juga gi Bank MayBank dan Cimb Bank.
Bro Fian ; Bro mana kita mau gi lagi?
Aku ; kita gi kedai pancing KBS kat Jln.Lintas.
Bro Fian ; Ok Bro..
*Tiba di sana apa lagi rambangle mataku ini untuk memilih gewang yang berbagai rupa. Hasilnya RM149.00 terlepas daripada dompet. Tak pe,rezeki mana-mana ada...yang penting niat dihati kesampaian untuk casting di Sg.Benoni Batu 30 subuh ari anam ni.
Taukey kail; apa mau dan apa cari?
Aku ; tengok-tengok kawan.
Taukey kail ;yale..tiada masalah.
"Bisik hati saya - mahalnya harga gewang disini."
So apa lagi...cabutttt.............
Bro Fian ; bro kita gi Pasar Pilak...
Aku ; Ok bro..boleh aku gi tengok gewang kat kedai pancing Kota Merin.
Taukey kail; hello..mau cari rapalake?
Aku ; Ya..mana yang bagus untuk casting?
Taukey Kail ; semua bagus..laut atau sungai?
Aku ; Sungaile..
Taukey kail ; pilihlah...semua ada......
Aku ; Tengok-tengok dulu....(saya tak beli gewang tapi beli box rapala RM9.90 dan Majalah Kembara Kail Bil.14 RM12.50, nak tengok sepupu menaikkan kakau Kota Klias iaitu saudara Lempayun@Cikgu Osman)
* Di pendikkan cerita......gewang kat kedai ini murah RM2.00 berbanding gewang kat kedai KBS.
Selepas dari kedai Kota Merin, saya terus gi RHB Bank bayar hutang kereta. Lepastu Bro Fian juga gi Bank MayBank dan Cimb Bank.
Bro Fian ; Bro mana kita mau gi lagi?
Aku ; kita gi kedai pancing KBS kat Jln.Lintas.
Bro Fian ; Ok Bro..
*Tiba di sana apa lagi rambangle mataku ini untuk memilih gewang yang berbagai rupa. Hasilnya RM149.00 terlepas daripada dompet. Tak pe,rezeki mana-mana ada...yang penting niat dihati kesampaian untuk casting di Sg.Benoni Batu 30 subuh ari anam ni.
Bapa Apik (Pakdol)
Berita terkini...pada hari ahad yang lalu pakdol telah memancing di sungai Bongawan untuk mencari sang leliwa...yang dikatakan rakus menjamah umpan sebelum waktu berbuka puasa (magrib). Ternyata apa yang dikatakan itu benar-benar belaka...dimana pancing yang beliau labuhkan dengan menggunakan umpan ukui pisang @ pisang goreng telah diragut dengan ganas dan tak berperiikanan...Apa lagi,dengan gaya macho..pakdol merembat pancing tersebut...pam demi pam, akhirnya tewas seekor ikan leliwa yang dianggarkan beratnya 2 kg seperti dalam gambar di atas....katanya dia mahu masak bakar atau kari....sadaptu ooiiiii (masak asam padas lagi buraning....ehehehehe)
Sunday, September 6, 2009
XPDC Batu 30
Lepas sahur n solat subuh kita jalan! bilang Brother Lampam. Ba aku dan Kapten Keruak setuju. selepas sahur n solat subuh aku keluar membuat persiapan kelihatan Brother lampam sudah berlegar-legar di depan rumahnya manakala Kapten Keruak jiran sebelah rumah masih belum kelihatan. Jam di tangan sudah menunjukkan pukul 5.15 pagi, aku terus memberi signal pada Brother Lampam supaya datang dan mengejutkan KaptenKeruak yang merupakan adik beliau. Setelah diketuk cermin rumahnya rupanya Kapten sudah bangun cuma belum keluar lagi terus Brother Lampam mengarahkan supaya Kapten cepat bersiap. XPDC kali ini tidak disertai oleh sarjan kerana ingin menonton perlawanan bola sepak di antara Argentina dan Brazil., manakala Wan Afrika sibuk memasang wiring dan mamar bila bulan puasa.
Kami bertolak kira-kira jam5.20 pagi, singgah sebentar mengisi minyak dan terus menuju ke destinasi iaitu lubuk batu 30 merupakan lubuk baru bagi aku n brother Lampam tapi biasa bagi Kapten Keruak. Perjalanan cuma mengambil masa lebih kurang 15 mini, dan setibanya kami di sana peralatan memancing dikeluarkan dan terus menduga dengan aku n Kapten menggunakan kaedah casting manakala brother Lampam pancingan dasar berumpankan udang pasar, basung. setibanya kami di lubuk yang hendak di tuju terdapat dua orang sedang membottom dan seorang caster baru sampai. apa yang saya boleh katakan mengenai lubuk ini, ianya amat berpotensi kerana sedang kami asyik mengkasting terdapat banyak sambaran anak-anak ikan di merata-rata tempat dan ini menunjukkan bahawa siakap merah sedang berpesta tapi malangnya walaupun tekun mengilat dan bertukar gewang namun tiada sambutan daripada ikan pemangsa tersebut. keadaan ikan galak makan tersebut berlangsung sehingga jam9 pagi sebelum air mulai pasang laju dan keadaan air menjadi kabut. Kapten bernasib baik kerana berjaya menumpaskan seekor kerapu juvenil berskala 4oog, manakala aku pula hampa dengan sambaran yang dipercayai siakap Merah mega yang berjaya memetahkan mata tiga halco yang sudah sedia berkarat. XPDC kami yang sepatutnya ditamatkan kira-kira jam8 pagi membawa kepada 12 tengahari menjadikan kami semua kepenatan(sudahlah puasa) atau mamar istilah yang digunakan oleh kapten itu pun terpaksa ditamatkan kerana kapten menerima pangilan kecemasan daripada Sarjan bahawa itik paya sedang mengamuk di taman perumahan papar dan bantuan kami amat diperlukan.
Aku yang hampa mengubat hati yang luka dengan bertukar kepada camera man dengan membuat liputan XPDC, dalam perjalanan pulang kami sempat berkenalan dengan Otai pancing brother Osman namanya dan sempat juga aku mengambil video pertarungan di antara brother ni dengan kerapu yang berjaya ditewaskan menggunakan kaedah pancingan dasar seberat 700g yang mana kesemua bahan bukti tersebut juga telah terpadam semasa hand phone aku pula buat hal! hampa lagi aku untuk kali kedua! Bikin Panasssssss!. Apa pun trip kali ni boleh dianggap berjaya walaupun tiada hasil yang memberangsangkan tapi banyak memberi pengajaran yang amat berguna buat kami berdua yang menggunakan kaedah gewang manakala bagi brother Lampam yang menggunakan kaedah bottom diharap sentiasa bersabar dan cool sentiasa apabila berjaya menaikkan ikan plastik hitam brskala 300g.
Friday, September 4, 2009
Mukadimah
geng patin afrika ditubuhkan pada tahun 2009 yang terdiri daripada kapten keruak, brother lampam, sarjan, cgu din dan wan afrika. geng ini berpusat di alamat taman perumahan papar dan beroperasi 24 jam.
Subscribe to:
Posts (Atom)