REVOLUSI PEMANCINGAN

Teknik pancingan dasar sudah sekian lama digunakan dan merupakan teknik yang paling popular sejak dahulu lagi. Manakala teknik pancingan menggunakan gewang masih baru di kalangan pemancing masa kini. Persoalan yang sering timbul...mana satu kah teknik pancingan yang paling berkesan & extreme? Jawapannya.."TEPUK DADA TANYA SELERA".



Search This Blog

LIKE OUR Facebook

Wednesday, August 25, 2010

SELUNSONG KURAP

BODYGUARD AKU BERAKSI DENGAN SELUNSONG KURAP....AKU DAH SEDEKAHKAN KEPADA KUCING CIKGU SUDIN YANG MENJADI PENGHUNI SOFA BELAKANG DAPUR AKU....EHEHEEHEH


Geng, inilah kali pertama aku menguji penunggu dasar kolam pancing bersebelahan Sg.Beringgis. Target utama selunsong lah....dengan berumpankan udang pasar, aku melangkah dengan beraninya bersama bodyguard kecil aku iaitu Mohammed Aisy Rifqi (anak aku) dan ketika aku tiba OZY sudah berada di sana dan hasilnya 9 ekor selunsong telah di tawannya....suksess, tahniah ozy. So tanpa melengahkan masa, akupun melontarkan umpan udangku...2 kali gulung aje dah disambar, dan penunggu dasar melihatkan tubuhnya dengan bernari2 di atas permukaan air...tapi malangnya dekat tebing aje rabut. Bikin panas......tapi kali kedua punya balingan juga di smbut dengan mesranya, seekor lagi sang terget mengena...ini kali kau...kataku....eheheh. Akhirnya seekor selunsong tewas ditanganku...anggaran berat sekitar 1kg tapi badanya rosak teruk (berkurap). Tanpa membuang masa akupun membaling untuk kali ke 3...sambutan demi sambutan aku rasakan tapi semuanya tewas, rabut di tepian kolam lagi....sehinggalah buangan kali terakhir sebelum aku pulang tepat jam 4.30pm...di depan kincir air di saksikan oleh pemandu pelancong dan bodyguard aku...seekor selunsong bersaiz tegap / mega mengasak umpan udangku....main demi main, sang pembedal menampakkan muka dengan membuat pecutan tropido dan tarian belet di atas permukaan....abang pemandu pelancong bersiap dengan siut / sauk...jarak 1 kaki dari sauk, pemangsa menggunakan pecutan berelah...dan akhirnya dia berjaya melepaskan diri....SAKITNYA HATIKU LAGI...tak apa, lain kali aku pasti akan bertemunya lg...salam.OZY DENGAN GAYANYA YG SUKSESS...

HASIL AWAL OZY...TAHNIAH BRO.

P/S ; KEPADA PEMILIK KOLAM, PASTIKAN IKAN YG DILEPASKAN KE KOLAM MEMPUNYAI KESIHATAN YANG BAIK DAN PASTIKAN JUGA BIAWAK TIDAK MENGANGGU KOLAM TERSEBUT. INI KERANA TERDAPAT 2 KE 3 EKOR BIAWAK SEDANG MERONDA DI DALAM KOLAM....HAMPEHHHHHHHH.

No comments: