
M.J @ UNGAH & SET REVO + ROD AJIKING (8-16)
15.08.2009, Niat nak kena karan bermain gewang yg dah lama aku tinggalkan akhirnya tercapai apabila seekor M.J bersaiz sedarhana mengasak gewangku di Sg.Mendahan. Pagi td aku bersama anak buahku (Wan Gandut) memulakan operasi sekitar jam 7.00 am. Air sungai ketika itu memang sesuai untuk casting ungah, tapi ungah di situ lebih berminat mengejar munjung mulut @ anak belanak yg mudik ke hulu sungai. Anak belanak ketika ini sangat banyak kerana semalam mereka hanyut ke muara di sebabkan sg.Mendahan mengalami kekeruhan yang amat sangat selepas hujan lebat turun di hulu sungai petang semalam. Tapi syukur, akhirnya saya telah mendapat sambaran yg sedarhana....apa yg penting????ada bunyi....ahahahah. Macam manapun nasib 2 biji gewangku lebur hari ni...eheheehh

No comments:
Post a Comment