REVOLUSI PEMANCINGAN

Teknik pancingan dasar sudah sekian lama digunakan dan merupakan teknik yang paling popular sejak dahulu lagi. Manakala teknik pancingan menggunakan gewang masih baru di kalangan pemancing masa kini. Persoalan yang sering timbul...mana satu kah teknik pancingan yang paling berkesan & extreme? Jawapannya.."TEPUK DADA TANYA SELERA".



Search This Blog

LIKE OUR Facebook

Wednesday, November 11, 2009

HATI PANAS

Assalamualaikum....geng, hati panas siapa yang tahu. Pada tarikh 11.11.2009 saya bersama geng INFRA (Yob (Bos INFRA Sabah), Amli dan Asma) singgah sekejap untuk menduga sang baung Sg.Bongawan. Kami sebenarnya tiada niat untuk memancing, tapi dalam perjalanan balik dari Weston adalah hamba Allahtu....tiba-tiba gatal mulut. Apa tidaknya, tengok air sungai Bongawan...wah cantik air ni...mesti sedap memancing. Itulah yang diperkatakan oleh sahabat ni...nak tahu siapa?.Siapa lagi kalau bukan sudara Amli @ Sahul. So, dengan rasa kasihan dan bospun setuju...maka sayapun mencadangkan supaya kami mencari umpan.



"UMPAN APA?.....




AAAAA...umpan yang paling mujarab dekat Sg.Bongawan adalah pisang goreng tepung atau orang Bongawan kata ukui pisang (seperti artikal yang pernah saya keluarkan ada menyebut tentang umpan ini). Ikan yang gemar memakan umpan ini adalah ikan sungai seperti baung, leliwa, lampam, kap dan talipia @ sajin.



Petang itu, saya telah membawa geng INFRA ke lubok Brother Lampam...hasilnya si Amli telah berjaya menaikkan seekor leliwa dengan beratnya sekitar 1 kg lebih, Bos...seekor baduk beratnya sekitar 800 ke 900 gm dan Asma seekor baduk sekitar 1 kg lebih dan seekor tidak dapat dikenal pasti ikannya kerana perambut utama 15 paun terputus. Manakala saya...beraksi dengan baduk Asma menggunakan peralatan pancing bersaiz sederhana...ada om bah.



Dalam jam 5 petang, saya mencadangkan supaya kami menukar port...sebabnya air tengah pasang dan lubuk pertama ini semestinya ikan baduk yang mengila. So apa lagi, angkat kaki ke lubuk ke dua iaitu di bawah Jambatan Kg.Laut, Bongawan dan hasilnya saudara Amli mendaratkan seekor baung beratnya sekitar 900 gm dan Asma seekor leliwa beratnya sekitar 600 gm. Saya dan bos...asyik menarik kayu. Jam 6.00 ptg...kami bergerak balik ke Papar dan KK...sebabnya hujan renyai-renyai telah turun.





Itu makanya HATI PANAS SIAPA YANG TAHU...Aku yang bawa depa, aku tak dapat apa-apa.



Wednesday, November 4, 2009

LANGKAH-LANGKAH PENJAGAAN SPINNING REEL



TEKNIK MEMASANG MATA KAIL (IKAN HIDUP / MATI)




LELIWA JANTAN TEWAS DI TANGAN BROTHER LAMPAM

Tarikh 3 Nov.2009, Brother Lampam telah menewaskan seekor Leliwa Sg.Bongawan dengan menggunakan umpan kuih pisang goreng. Berat leliwa yang ditewaskan sekitar 1 kg. Akhirnya leliwa itu menjadi hidangan kami sekeluarga...isteri saya telah menyediakan masak lemak cili api (masakan orang nogori). Saksikan gambarnya....

Monday, November 2, 2009

SOALAN KEGEMARANKU


CASTING HAMPEH

01.11.2009 (Ahad), Geng Keruak Patin Afrika, Team Ombak Biru & Geng Gilakail telah mengadakan casting beramai-ramai di Muara Sg.Benoni. Air ketika itu baru naik pasang 1.1 meter...nampak cantik, malangnya seekor ungah atau kerapupun tidak sudi menjamah gewang kami. Nampak gayanya...lubuk ini kena rehatkan untuk seketika. Tengokle aksi geng...Cikgu Sudin dan Sahur @ Amli (geng baru) sedang melayan buntal menjamah umpan kepala kumbura @belanak...Akhirnya aku, Kapten TOB dan Sahul mengisi perut kat kedai makan Pekan Bongawan. Selepastu kami meneruskan niat untuk cast di Muara membakut...malang sekali lagi air di sana macam air milo (keruh giler)...HAMPEHHHH





Tuesday, October 27, 2009

POPPER BALI


Geng...hari ini adalah merupakan hari bertuah saya. Kenapa saya katakan hari ini hari bertuah...bukan kerana hari ini hari jadi saya, tapi hari ini saya dihadiahkan sebiji POPPER JCP BALI yang berharga RM190.00 dipasaran.

Hadiah ini diberikan oleh sahabat saya yang baru berpindah kerja ke Sabah. Dulu beliau bertugas sebagai Pegawai KEMAS Daerah Kuala Langat...sekarang bertugas ditempat saya. Beliau juga merupakan kaki pancing yang boleh dikatakan "PRO". Kalau dalam geng 'Kakipancing.Net' beliau bergelar SAHUR dan diopis kami panggil AMLI. Beliau gemar bermain siakap merah, putih (selunsong) dan GT.

Menurut beliau...Popper ini di beli oleh sahabat beliau ketika berkunjung ke Bali. Sebanyak 8 biji semuanya dengan harga RM300+++++. Popper ini dihadiahkan kepada saya atas dasar persahabatan kaki-kaki pancing.