Ini adalah trip ke 3 Penolong Pengarah KEMAS Sabah di Sg.Bintuka, Beaufort. Tujuan utama adalah untuk mencari karan casting & racun bagi teman baru. Walaupun dulu semasa di Semenanjung kami pernah memancing bersama (trip bottom) tapi kali ni kami menggunakan kaedah casting (mengguna umpan palsu). Dan beliau baru untuk mencuburi diri, maka itulah saya mengaturkan satu trip bersama. Orang yang saya maksudkan adalah En Zamri Mohammad. Trip kali ni saya aturkan bersama Pendita, Apik, Raimi dan Matali. Hasil yang kami daratkan bersama hanya 12 ekor, manakala 2 buah bot lagi tidak dapat dirakamkan disebabkan masalah teknikal. Hari ini juga adalah cacatan dalam sejarah casting kerana kaki kiri saya tertusuk mata 3 umpan palsu....dah nasib badan, maka terpaksalah aku jd doktor pakar bedah...eheheh.
SATU-SATUNYA M.J @ UNGAH YANG MALANG....EHEHEHKERAPU LAGI KE BOSS....EHEHEH
LANUN BINTUKA....AHAHAH
No comments:
Post a Comment