Inilah trip memajal yang saya tunggu2, apa tidaknya kami hanya akan memajal bangkar2 @ reba yang jarang2 dikunjungi oleh caster.....dan hasilnya 2 MJ tewas, 3 MJ rabut dan 1 Selunsong rabut, kerapu tak payah ceritalah....tapi kerapu ada gewang istimewa yang kami sajikan...memang dasyat kerapunya, makan macam selunsong....ahahaha. Trip kali ni kami lebih kepada mencuba gewang2 baru serta SP dan hasilnya seperti dipaparkan.
REVOLUSI PEMANCINGAN
Teknik pancingan dasar sudah sekian lama digunakan dan merupakan teknik yang paling popular sejak dahulu lagi. Manakala teknik pancingan menggunakan gewang masih baru di kalangan pemancing masa kini. Persoalan yang sering timbul...mana satu kah teknik pancingan yang paling berkesan & extreme? Jawapannya.."TEPUK DADA TANYA SELERA".
Search This Blog
LIKE OUR Facebook
Sunday, November 20, 2011
MISI MEMAJAL
MISI PERKENALAN
Trip kali ni adalah trip perkenalan yang aku dan badul atur khas untuk Raimi & Sulaiman. Kerana trip kali ini akan menerjah lubuk2 rahsia aku sama badul,di mana kerapunya mempersembahkan tarian akrobatik yang hebat...sama macam baramudi, kalau tak caya tanya Raimi...ahahah
GEWANG BAGAK...HASILNYAPU BAGAK...AHAHAH
RAIMI DENGAN HASIL KERAPU BAGAKNYA...SYOK KATANYA...MACAM MAIN BARA...AHAHA


TRIP MENYELAMAT ORANG SESAT


Pada asalnya hanya aku dan Badul (EVO. Sp) yang merancang trip memanggil GIMBARAN...tapi trip kami dapat dihidu oleh hidung2 panjang. Akhirnya trip ini ditambah dengan 2 buah bot lagi yang melibatkan caster Jamal, Ajit, Acai dan Baim. Kesudahannya menjadi trip menyelamat 2 buah bot yang hampir2 hilang di Sg.Bintuka. Berkesudahan mereka berjaya balik ke Jeti dengan selamat sekitar jam 7.00 malam selepas saya dan Badul melaksanakan misi mencari dan menyelamat. Trip kali ni paling suksess...7 ekor Ungah @ M.J, tewas dan hasil keseluruhan hampir 50 ekor termasuk kerapu.

GEWANG BETAPUK DI DALAM BOX AKHIRNYA DAPAT LESEN (gambar atas dan bawah)...EHEHEHe
GEWANG TILSAN BADUL JUGA PERTAMA KALI DAPAT LESEN (gambar atas dan bawah)...AHAHA
GEWANG NIPUN BARU MENDAPAT LESEN KATA BADUL......iiiehehhi
GEWANG TERBARU BADUL...TDD7 "Tahi belada"...ahahah
GEWANG NIPUN HOT DI BINTUKA....
GEWANGKU NI BIASALAH...PANAS DI PASARAN BINTUKA....
INILAH MISI SEBENAR KAMI....AKHIRNYA BADUL BERTEMU JUA
SANYUM KAU DOL...TAHNIAH, AKU MASIH LAGI MENCARI JODOH...TAK APA LAIN KALI AKU PUNYA....EHEHEH
PENUTUP TIRAI....KAU JUGALAH DOL...










KAU YANG PERTAMA & TERAKHIR
Komplot kali ni adalah komplot yang paling malang buat aku dan Badul (Evo.Sp), apa tidaknya aku hanya berjaya menaikkan titir @ kekacang 1 ekor pada awal pagi...dan berterusan kumpau sepanjang hari. Apa tidaknya aku dan badul asyik rabut sahaja...sehinggakan ikan yang menghantam gewang 2...3...kalipun rabut. So jawapannya, hari ni adalah hari yang malang buat kami...ahahha. Trip kali ni juga ditemani oleh Samoi dan Jamal...yang masing2 berjaya dengan karan kerapu dan Ungahnya...tapi trip paling tragis untuk jamal, kerana mata 3 tertusuk ke ibu jari beliau..memjadikan trip ini sebagai "TRIP TREGIDI OKTOBER"...Ahahahah.
IKAN TITIR yang saya CNR. Ikan pertama dan terakhir aku..Kata orang tua2, hasil pertama jangan lepas...nilah akibatnya melangar petua orang lama.....ahahahah
WALAUPUN KUMPAU...KAU TETAP TERKARAN DOL...EHEH
PENYELAMAT KAU JUA DOL...EHEHEH



TRIP MERACUN
Ini adalah trip ke 3 Penolong Pengarah KEMAS Sabah di Sg.Bintuka, Beaufort. Tujuan utama adalah untuk mencari karan casting & racun bagi teman baru. Walaupun dulu semasa di Semenanjung kami pernah memancing bersama (trip bottom) tapi kali ni kami menggunakan kaedah casting (mengguna umpan palsu). Dan beliau baru untuk mencuburi diri, maka itulah saya mengaturkan satu trip bersama. Orang yang saya maksudkan adalah En Zamri Mohammad. Trip kali ni saya aturkan bersama Pendita, Apik, Raimi dan Matali. Hasil yang kami daratkan bersama hanya 12 ekor, manakala 2 buah bot lagi tidak dapat dirakamkan disebabkan masalah teknikal. Hari ini juga adalah cacatan dalam sejarah casting kerana kaki kiri saya tertusuk mata 3 umpan palsu....dah nasib badan, maka terpaksalah aku jd doktor pakar bedah...eheheh.

SATU-SATUNYA M.J @ UNGAH YANG MALANG....EHEHEH
KERAPU LAGI KE BOSS....EHEHEH


LANUN BINTUKA....AHAHAH
Subscribe to:
Posts (Atom)