Tarikh 12.08.2011 adalah merupakan trip percubaan kami dalam misi pencarian udang galah ramadan di Sg.Papar. Trip kali ini di sertai oleh saya, wan gandut, acai, boy, pajit dan sulaiman. Port pertama sepatutnya di jeti kg.surati, tapi program terbantut kerana ada group lain sudah terpacak di sana....so terpaksalah kami mengundur diri. Dalam suasana kelam kabut mencari lubuk/port untuk berlabuh....maka terfikirlah dalam kepala otakku...baik mencuba port yang dah lama saya tak kunjungi. Sampai saja disana...kelihatan kelibat 3 orang sedang aramaittteeeeee, saya peduli apa...kalau berani kacaulah...tapi syukur, walaupun mereka terganggu tapi mereka masih manusia dan seterusnya membenarkan kami berlabuh di sana. Akhirnya niat kamipun termakbul apabila malam yang sunyi tiba2 dipecahkan dengan kehadiran makluk berjanggut dan bersepit merah yang berjaya didaratkan oleh ACAI. Apa lagi semua geng mula bersemangat...dan hasilnya sekitar 25 ekor udang galah berjaya dinaikkan pada misi kali ini. P/S untuk wan gandut dan boy...JANGAN JARA, WALAUPUN ULUNGGGGGGG....ehehehe






NOTA;
Gambar kawan2 lain tidak dapat dimuatkan dalam sesi kali ni kerana tak sempat mengambil gambal....eheheh, Jangan kamu dangki & marah ah!!
Untuk Cikgu Sudin & Pendita...lain kali mengantat teh tariktu, bawalah mee goreng sekali....ahaha, apa2pun tq bro..
No comments:
Post a Comment