Kejamnya bro...apa tidak, hari jumaat lalu tengah saya casting kat tebing sungai Mendahan...rupa-rupanya ada pemangsa yang sedang memerhati gewanku atau aku yang sedang casting. Pemangsa ni adalah seekor ular sawa yang sedang berendam kat tepi batu (panjang sekitar 6 ke 7 kaki)...kepalanya menghala kepada aku....dan laluan gewangku ngam-ngam kat depan mulutnya. Nasib aku baik, kerana pemangsa ini tidak agresif untuk menerkam...sebaik aje aku melihat kelibat kepalanya, apa lagi akupun melompat katak kegelian...gelak giler T.Lempayun melihat aksi tersebut. Maka kecohlah sekejap dan terhenti seketika aktiviti casting kami untuk memberi laluan show zoo secara langsung. Kami tak membunuh pemangsa berkenaan...dan di biarkan untuk terus hidup. Tapi malangnya, hari berikutnya aku ke sana...anak-anak buah aku kecoh melihat ular berkenaan mati dihempap batu...KEJAMNYA.....walaupun aku ni orangnya pengeli giler dengan binatang ni, tapi aku tetap berpeggang kepada falsafah bahawa yang hidup biarkan hidup...kecuali dia mengancam / menggangu aku.
BANGKAI PEMANGSA YANG MENJADI MANGSA KE KEJAMAN ORANG YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB....KEPALANYA DIHEMPAP BATU...DALAM AIR (KES INI DILIHAT SEBAGAI MATI MENGEJUT & LEMAS)
P/S : KEPADA SEMUA RAKAN PANCING...HATI-HATILAH APABILA MEMANCING, SAMA ADA WAKTU SIANG ATAU MALAM. PEMANGSA TIDAK KIRA WAKTU...YANG PENTING ADA MANGSA.
No comments:
Post a Comment