Tarikh 13 hingga 14.02.2010, GKPA, TOB dan Geng Abang Saidin telah membuat trip bermalam di Bintuka. Trip ini adalah merupakan trip bermalam pertama yang kami adakan sempena cuti raya cina. Ramai orang berkata...bermalam di Bintuka mengerikan (menakutkan) mungkin ada orang kata berpenunggu dan juga mundu, tapi kami tidak boleh berpatah arah...bot sudah ditempah...umpan sudah di beli...minyak bot juga sudah dibeli. Mahu tak mahu...perjuangan mesti diteruskan.
LIHAT BRO..MATAKU KUYU..SEBABNYA KEKENYANGAN SELEPAS MAKAN NASI...EHEHEH
Malam di Bintuka sangat indah...apabila berbaring kita akan melihat berjuta-juta kilauan bintang di sana-sini terutamanya di dada langit. Perasaan takut, seram dan ngeri memang ada..tapi malam berkenaan tidak diduga bahawa terdapat dalam 7 buah bot sedang bermalam. Aku kata..."ini sudah bagus".So perasaan takut tidak timbul sama sekali...apa yang penting, niat kita adalah untuk mencari rezeki. Cuma diingatkan kepada rakan-rakan bahawa...memancing memancing juga, keselamatan perlu dijaga dan mulut jangan celupar.
Dalam jadual pasang surut...tahap pasang air yang tertinggi adalah 1.8 meter jam 00:00. Jangkaan kami keadaan pasang surut memang cantik...tapi apa yang berlaku, tahap arus air ketika itu sangat mengejutkan kepada semua pemancing. Apa tidaknya...arus sungai ketika itu amat laju sehinggakan batu saiz 5pun boleh hanyut...begitu juga sauh / jangkar seberat sekitar 5 kg pun hanyut. Nasib baikle GKPA tidak hanyut seperti yang berlaku kepada TOB...semua ahli tertidur dan sedar-sedar bot mereka dihanyutkan ke muara sungai Bintuka..
Perkara pelik berlaku kepada GKPA adalah di mana semasa kami berlabuh...arus sungai sangat deras, tapi apabila kami mengangkat sauh untuk berpindah...tiba-tiba air sungai menjadi tenang gilerrrrrr...botpun tidak bergerak langsung. Sahur ketika itu tergamam dan beliau bertanya kepada saya..."apa sudah jadi". Saya sepantas kilat memberikan isyarat tangan dan bibir...."undur" dalam hatiku berkata. Apa lagi..kami cabut dan terus menghampiri bot TOB yang baru sedar dihanyutkan arus.Hasil pada malamtu amat mengecewakan...beberapa ekor ikan duri dan anak pari yang sudi menjamah umpan udang hidup, basung dan udang mati.
Sesubuh sefieeeee...kami dikejutkan dengan deruan bunyi bot Abang Saidin yang mula memanaskan enjin dan bergerak mencari lubuk baru...aku dan sahur masih terkial-kial keletihan. Sepantas kilat sahur menghidupkan enjin dan terus menuju ke bot TOB yang memang sedang memancing dilubuk tambong/jenahak. Kelihatan c snnek (suri bot) sedang menyediakan sarapan pagi mereka...dan kami bertanyakan khabar serta terus menuju kelubuk reba GKPA.
TUAN HAJI SULAIMAN (OTAI GADONG.BEAUFORT)PEMBANTU HAJI SULAIMANHASIL TANGKAPAN TN.HJ.SULAIMAN DENGAN ANAK BUAHNYA.. Hasil pada sebelah siang itu amat memberansangkan kepada GKPA...apa tidaknya, awal pagi sahur sudah berjaya mendaratkan seekor UNGAH (M.J) dengan teknik casting...dan seekor kerapu menggunakan teknik umpan dasar.Setelah mencari lubuk-lubuk baru, akhirnya kami menemui reba yang berpotensi untuk kami berlabuh....dan hasilnya kami berjaya menaikkan beberapa ekor ikan putih, cermin, sesumpit dan tanda menggunakan teknik casting, dasar dan pelampung. Tahniah kepada sahur kerana berjaya mendapat lesen casting ikan putih di Bintuka.
Setelah air kurang bergerak...kami beralih menggunakan teknik trolling. Saya menggunakan gewang selaman sedarhana dan sahur selaman dalam...hasilnya beberapa kali sambaran dan 1 ekor barakuda berjayaku naikkan, manakala sahur berjaya menaikkan mata ikan yang tersangkut di mata tiga gewangnya (mata ikan apatu bro?). Selepas trolling...kami meneruskan teknik casting berhanyut, hasilnya aku berjaya menaikkan seekor barakuda dan dua ekor rabut serta mencuri gewang kesayanganku....hampehhhhhh.
GEWANG BAKAU KESAYANGANKU YANG MENJADI ANTING-ANTING PEMANGSA (Baru sekali turun...2 ekor mangsa dan rabutpun banyak kali)Bintuka KAMI GKPA TIDAK BERPUTUS ASA...WALAUPUN IKAN YANG KAU BERIKAN HANYA CUKUP UNTUK MAKAN 2 KELUARGA, TAPI KAMI TETAP BERPUAS HATI DAN AKAN BERSEMUKA DENGANMU LAGI...INSYAALLAH.
Nota : Gambar hasil aku belum dapat daripada sahur.
No comments:
Post a Comment