REVOLUSI PEMANCINGAN

Teknik pancingan dasar sudah sekian lama digunakan dan merupakan teknik yang paling popular sejak dahulu lagi. Manakala teknik pancingan menggunakan gewang masih baru di kalangan pemancing masa kini. Persoalan yang sering timbul...mana satu kah teknik pancingan yang paling berkesan & extreme? Jawapannya.."TEPUK DADA TANYA SELERA".



Search This Blog

LIKE OUR Facebook

Sunday, February 28, 2010

GEWANG PENYAPU

GEWANGKU YANG BERBISA......EHEHEH
PATIN AFRIKA PENGALAT...HASIL PERTAMA
UNGAH @ M.J SG. BONGAWAN...HASIL KE 2
BUNTAL KABAN SG.MENDAHAN...HASIL KE 3
BUNTAL KABAN LAGI...HASIL KE 4
UNGAH SG.MENDAHAN HASIL KE-5

:::: MACAM BRO ADA PERCAYA TAK?

Sunday, February 21, 2010

HASIL KAILAN C MIMIT

UNGAH SG.MENDAHAN
UNGAH SUNGAI PENGALAT
LAUK PUTIH SUTRA...
UNGAH 27 EKOR SG.PENGALAT...
KURAU SG.BINTUKA..

MANGSA SG.MENDAHAN LAGI

Ini kawan lama aku...kalau inda keraja di Hospital Papar atau masang gril/pagar besi...inilah keraja c mail...mengail dengan menggunakan kaedah bottom sama ada di Sg.Papar, Sg.Mendahan atau Sg.Pengalat habis sungai kau kerajakan mail. Dan gambar di bawah adalah hasil yang dipancingnya di sg mendahan iaitu seekor MJ...TAHNIAH Mail, bukan senang kau mahu belurih ungah di sana atu..Semalam apabila kami berjumpa sempat dia melihat set barangan pancing aku dan cikgu sudin...maka dia bertekad akan melengkapkan set peralatan pancing terutamanya set casting ...eheheh, bagus usaha kautu mail.....nanti kita mengail bersama2.

TRIP SG.PENGALAT

Trip ini kami rancang pada 20.02.2010, trip ini dijayakan dengan menggunakan 2 buah bot yang dimiliki oleh abang manan dan anak buah abangnya...dan personel yang terlibat aku, sahur, KOB, sulaiman, abang manan & anak-anak buahnya. Pagitu air sungai pengalat sangat cantik dan aku dengan sulaiman lewat tiba coz sulaiman kesiangan...eheheh, nya di malam ada urusan sri peduka baginda...ahahah. Air mula begerak pasang sekitar jam 9.00 am...dan ketika ini ikan mula galak makan, cuma ikan kecil2 aje. Tapi kat apa...yang penting ADA BUNYI...EHEHEH. Trip kali ni kurang menyerlah, hanya beberapa ekor ikan yang sudi mengantam umpan kami...
HASIL YANG TAK SEBARAPA...APA YANG PENTING ADA BUNYI....EHEHEH

PATIN AFRIKA MENGASAK GEWANGKU KETIKA AKU MEMBUAT TROLLING...

SULAIMAN SEMPAT LAGI BERGAYUT...DENGAN MAMBONYA...EHEH
BAB ANI AKU MARAH...IKAN CANTIK JADI TAK ADA GAMBAR, NI KERAJA SULAIMAN...EIS..EIS...SBOTAJ BANAR KAU ANI MAN....EHEHE

Tuesday, February 16, 2010

GEWANGKU MENJADI ANTING-ANTING DI BINTUKA

PEMANDANGAN WAKTU SENJA SG.BINTUKA.
Tarikh 13 hingga 14.02.2010, GKPA, TOB dan Geng Abang Saidin telah membuat trip bermalam di Bintuka. Trip ini adalah merupakan trip bermalam pertama yang kami adakan sempena cuti raya cina. Ramai orang berkata...bermalam di Bintuka mengerikan (menakutkan) mungkin ada orang kata berpenunggu dan juga mundu, tapi kami tidak boleh berpatah arah...bot sudah ditempah...umpan sudah di beli...minyak bot juga sudah dibeli. Mahu tak mahu...perjuangan mesti diteruskan.

SAHUR TEKUN MELIHAT KEPUTUSAN SAHAM...PAPAN KEBERAPA TU BRO?
LIHAT BRO..MATAKU KUYU..SEBABNYA KEKENYANGAN SELEPAS MAKAN NASI...EHEHEH

Malam di Bintuka sangat indah...apabila berbaring kita akan melihat berjuta-juta kilauan bintang di sana-sini terutamanya di dada langit. Perasaan takut, seram dan ngeri memang ada..tapi malam berkenaan tidak diduga bahawa terdapat dalam 7 buah bot sedang bermalam. Aku kata..."ini sudah bagus".So perasaan takut tidak timbul sama sekali...apa yang penting, niat kita adalah untuk mencari rezeki. Cuma diingatkan kepada rakan-rakan bahawa...memancing memancing juga, keselamatan perlu dijaga dan mulut jangan celupar.

Dalam jadual pasang surut...tahap pasang air yang tertinggi adalah 1.8 meter jam 00:00. Jangkaan kami keadaan pasang surut memang cantik...tapi apa yang berlaku, tahap arus air ketika itu sangat mengejutkan kepada semua pemancing. Apa tidaknya...arus sungai ketika itu amat laju sehinggakan batu saiz 5pun boleh hanyut...begitu juga sauh / jangkar seberat sekitar 5 kg pun hanyut. Nasib baikle GKPA tidak hanyut seperti yang berlaku kepada TOB...semua ahli tertidur dan sedar-sedar bot mereka dihanyutkan ke muara sungai Bintuka..

Perkara pelik berlaku kepada GKPA adalah di mana semasa kami berlabuh...arus sungai sangat deras, tapi apabila kami mengangkat sauh untuk berpindah...tiba-tiba air sungai menjadi tenang gilerrrrrr...botpun tidak bergerak langsung. Sahur ketika itu tergamam dan beliau bertanya kepada saya..."apa sudah jadi". Saya sepantas kilat memberikan isyarat tangan dan bibir...."undur" dalam hatiku berkata. Apa lagi..kami cabut dan terus menghampiri bot TOB yang baru sedar dihanyutkan arus.Hasil pada malamtu amat mengecewakan...beberapa ekor ikan duri dan anak pari yang sudi menjamah umpan udang hidup, basung dan udang mati.

Sesubuh sefieeeee...kami dikejutkan dengan deruan bunyi bot Abang Saidin yang mula memanaskan enjin dan bergerak mencari lubuk baru...aku dan sahur masih terkial-kial keletihan. Sepantas kilat sahur menghidupkan enjin dan terus menuju ke bot TOB yang memang sedang memancing dilubuk tambong/jenahak. Kelihatan c snnek (suri bot) sedang menyediakan sarapan pagi mereka...dan kami bertanyakan khabar serta terus menuju kelubuk reba GKPA.
TUAN HAJI SULAIMAN (OTAI GADONG.BEAUFORT)PEMBANTU HAJI SULAIMANHASIL TANGKAPAN TN.HJ.SULAIMAN DENGAN ANAK BUAHNYA..

Hasil pada sebelah siang itu amat memberansangkan kepada GKPA...apa tidaknya, awal pagi sahur sudah berjaya mendaratkan seekor UNGAH (M.J) dengan teknik casting...dan seekor kerapu menggunakan teknik umpan dasar.Setelah mencari lubuk-lubuk baru, akhirnya kami menemui reba yang berpotensi untuk kami berlabuh....dan hasilnya kami berjaya menaikkan beberapa ekor ikan putih, cermin, sesumpit dan tanda menggunakan teknik casting, dasar dan pelampung. Tahniah kepada sahur kerana berjaya mendapat lesen casting ikan putih di Bintuka.
Setelah air kurang bergerak...kami beralih menggunakan teknik trolling. Saya menggunakan gewang selaman sedarhana dan sahur selaman dalam...hasilnya beberapa kali sambaran dan 1 ekor barakuda berjayaku naikkan, manakala sahur berjaya menaikkan mata ikan yang tersangkut di mata tiga gewangnya (mata ikan apatu bro?). Selepas trolling...kami meneruskan teknik casting berhanyut, hasilnya aku berjaya menaikkan seekor barakuda dan dua ekor rabut serta mencuri gewang kesayanganku....hampehhhhhh.
GEWANG BAKAU KESAYANGANKU YANG MENJADI ANTING-ANTING PEMANGSA (Baru sekali turun...2 ekor mangsa dan rabutpun banyak kali)

Bintuka KAMI GKPA TIDAK BERPUTUS ASA...WALAUPUN IKAN YANG KAU BERIKAN HANYA CUKUP UNTUK MAKAN 2 KELUARGA, TAPI KAMI TETAP BERPUAS HATI DAN AKAN BERSEMUKA DENGANMU LAGI...INSYAALLAH.

Nota : Gambar hasil aku belum dapat daripada sahur.

ISTERI YANG MEMAHAMI...

Tarikh 16.02.2010 (jam 3.00pm)...aku telah membawa my mem dan anak2 ku casting di Sg.Mendahan...airnya cantik, cuma masin terlebih2 sikit...Anakku nile yang beria2 nak memancing..katanya "PAPA NI ASYIK MEMANCING-MEMANCING AJE...KAMI TAK PERNAH DIAJAKPUN"So apa lagi bro...Hobi perlu kita kongsi bersama keluarga. Apa yang penting...isteri tahu aktiviti kita...Betul tak BRO...eheheh MY MEM SEDANG CASTING....
PUTRA DAN PUTERIKU YANG SETIA MENUNGGU IBU DAN PAPANYA CASTING...SABAR YA NAK..."PAPA KAMI NAK IKAN KECIK AJE...COMELKAN?"KATA MEREKA BERDUA..

IBU...ADA TAK IKAN SAMBAR GEWANGTU...EHEHEH

Thursday, February 11, 2010

DERMA DARAH & BUKAN DERMA DARA...

Hari ni (11.02.2010) adalah merupakan hari menderma...bukan menderma duit, tapi menderma DARAH. Ahli GKPA yang murah hati saya dan Sahur telah mendermakan darah ke Tabung Darah Hospital Queen. Sebagai rakyat yang bertanggunjawab...apa salahnya kita berbakti kepada negara kerana dimaklumkan bahawa jumlah darah yang tersimpan dalam Tabung Darah Hospital amat kekurangan. Maka saya menyeru kepada semua rakan sekailan...ringan-ringankanlah kaki anda datang ke Hospital berdekatan.
BRO...MACAM NAK LARI AJE....TAKUT KE...EHEHEH

CAMERA DSLR NIKON D90

D90 TERKINI DAN BARU...
CIKGU SUDIN DENGAN CAMERA SLR NIKON KESAYANGANNYA BERHARGA 4K LEBIH-LEBIH SIKIT... DIN...AMBIL GAMBAR KAMI BANYAK-BANYAK SEMASA CASTING...KAU PUNYA GEWANG BIAR KAMI BELASAH. KAU DAH NAIK PANGKAT SEBAGAI JURUGAMBAR PRO....EHEHEHE

Monday, February 8, 2010

PENUNGGU SG.MENDAHAN

GEWANG C JUAN DIGUNAKAN UNTUK MENUNJUK KEPALA PEMANGSA BERBAJU BATIK NI....EHEHEHEH

Kejamnya bro...apa tidak, hari jumaat lalu tengah saya casting kat tebing sungai Mendahan...rupa-rupanya ada pemangsa yang sedang memerhati gewanku atau aku yang sedang casting. Pemangsa ni adalah seekor ular sawa yang sedang berendam kat tepi batu (panjang sekitar 6 ke 7 kaki)...kepalanya menghala kepada aku....dan laluan gewangku ngam-ngam kat depan mulutnya. Nasib aku baik, kerana pemangsa ini tidak agresif untuk menerkam...sebaik aje aku melihat kelibat kepalanya, apa lagi akupun melompat katak kegelian...gelak giler T.Lempayun melihat aksi tersebut. Maka kecohlah sekejap dan terhenti seketika aktiviti casting kami untuk memberi laluan show zoo secara langsung. Kami tak membunuh pemangsa berkenaan...dan di biarkan untuk terus hidup. Tapi malangnya, hari berikutnya aku ke sana...anak-anak buah aku kecoh melihat ular berkenaan mati dihempap batu...KEJAMNYA.....walaupun aku ni orangnya pengeli giler dengan binatang ni, tapi aku tetap berpeggang kepada falsafah bahawa yang hidup biarkan hidup...kecuali dia mengancam / menggangu aku.
BANGKAI PEMANGSA YANG MENJADI MANGSA KE KEJAMAN ORANG YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB....KEPALANYA DIHEMPAP BATU...DALAM AIR (KES INI DILIHAT SEBAGAI MATI MENGEJUT & LEMAS)

P/S : KEPADA SEMUA RAKAN PANCING...HATI-HATILAH APABILA MEMANCING, SAMA ADA WAKTU SIANG ATAU MALAM. PEMANGSA TIDAK KIRA WAKTU...YANG PENTING ADA MANGSA.

Sunday, February 7, 2010

KEGANASAN GKPA TESERLAH LAGI DI MENDAHAN

TEAM LEMPAYUN.... JOIN SEKALI DENGAN GKPA.
TAHNIAH BRO MIMIT KERANA DAPAT LESEN CASTING PERTAMA UNGAH (2 EKORTU BRO)GEWANG RAPALA X-RAP YANG KILLER...
TAHNIAH WAN GANDUT KERANA DAPAT LESEN PERTAMA CASTING UNGAH (M.J) UNTUK TAHUN 2010.
GEWANG SEAHAWK RED HEAD...
GEWANG GREEN SANTEC TU.....WALAUPUN MURAH TAPI PEMBUNUH...EHEHEH
UNGAH KE 3 SAHUR...3 KALI TURUN, 3 EKOR JADI MANGSA...AHAHAHA
GEWANG KILLER MAGNETTIK DUEL GOLD...MANGSA KE 2 GEWANG & KE 2 SAHUR
TAHNIAH BRO....TERUS BERJUANG
ALEX JKR....MEMBER PANCINGAN GKPA (IKAN BULAN).TERUSKAN USAHA BRO UNTUK DAPAT LESEN UNGAH
OSCER @ PG.HUSSIN...BERSUA DENGAN UNGAH MENDAHAN. SANGGUP BALIK DARI KL....KERANA TARIKAN UNGAH MENDAHAN....TERUSKAN PERJUANGANMU.

Thursday, February 4, 2010

DESIGN BAJU GKPA TAHUN 2010

PANDANGAN DEPAN PANDANGAN BELAKANG


BAJU INI AKAN KAMI KELUARKAN DALAM MASA TERDEKAT & INI MERUPAKAN KELUARAN PERTAMA GKPA.