REVOLUSI PEMANCINGAN

Teknik pancingan dasar sudah sekian lama digunakan dan merupakan teknik yang paling popular sejak dahulu lagi. Manakala teknik pancingan menggunakan gewang masih baru di kalangan pemancing masa kini. Persoalan yang sering timbul...mana satu kah teknik pancingan yang paling berkesan & extreme? Jawapannya.."TEPUK DADA TANYA SELERA".



Search This Blog

LIKE OUR Facebook

Monday, December 7, 2009

GENG KERUAK MENGANAS LAGI DI UNP

Pada petang jumaat lalu (4.12.2009...jam 3.00 ptg), saya..cikgu Sudin , Wan Afrika dan Wan Gandut (anak buah) memulakan operasi menerjah lubuk UNP Kimanis untuk casting dan pancingan menggunakan kaedah umpan dasar. Seperti biasa saya akan menggunakan set 'baitcaster Abu Garcia Blue Max dan rod fenwick (5.6 kaki)...tapi petangtu tiada sambaran dari spises yang ganas hanya buntal dan Wan Afrika menaikkan seekor siakap kacukan talipia. Kesudahannya sehingga jam 6.00 ptg kami tidak berjaya menaikan ikan yang dicari.Pada jam 6.00 ptg saya dan geng mengubah teknik memancing dengan menggunakan umpan udang kopak dan hasilnya kami telah berjaya mendaratkan 6 ekor sembilang dan beberapa ekor baduk. Pemancingan tamat jam 8.00 malam...kesudahannya minum di restoran Aisyah (24 jam).





No comments: